Fahrin Ahmad rasa lebuhraya di Malaysia dah tak selamat. Tular di media sosial hari ini video dashcam kemalangan memaparkan sebuah lori treler yang berada di laluan kiri tiba-tiba hilang kawalan sehingga terbabas ke laluan bertentangan.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam laporan di Facebook mengesahkan kemalangan maut di laluan Nilai-Bandar Ainsdale (KM 280.1 arah Selatan) itu melibatkan lima kenderaan.
Kemalangan itu turut menyebabkan semua lorong terhalang dan trafik arah selatan terhenti di lokasi kejadian.
Video tular yang dikongsi mStar telah meraih pelbagai reaksi daripada pengguna jalan raya. Masing-masing meluahkan rasa ‘seriau’ melihat kejadian seumpama itu.
“Dah tak tahu nak cakap” – Fahrin Ahmad
Rakaman tersebut turut mendapat perhatian pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad. Fahrin merasakan jalan raya dan lebuh raya Malaysia tak selamat.
Tapi pengguna tiada pilihan lain terpaksa memandu dengan berhemah dan berdoa semoga semuanya selamat.
Pelakon ini mencadangkan kerajaan menggubal undang-undang yang ketat termasuk perihal prosedur operasi standard (SOP) kelulusan dan penggunaan jalan raya untuk kenderaan berat.
Antara yang dicadangkan adalah;
Kenderaan berat wajib pasang GPS dan peranti speed cut off limit
Setiap kenderaan berat kena melapor jadual dan penyelenggaraan semasa
Setiap pemandu harus direkodkan dan melapor jadual pergerakan dan kesihatan
Pantauan di tol masuk dan rondaan untuk perhati secara visual kenderaan berat yang berisiko.
View this post on Instagram
BACA:
“Siap bawa jengkaut”! Keluarga ni bawa ayah berubat tanam pasir
Sewa rumah pun tak mampu bayar dulu, kini gadis ini jadi paling kaya di Instagram
Anak Kak KM dah 8 bulan tak datang sekolah, cikgu sampai telefon minta hadir