Ecuador bakal disingkir dari Piala Dunia hanya kerana seorang pemain ini. Ecuador dilaporkan akan disingkirkan dari Piala Dunia hanya beberapa bulan sebelum ia bermula.
Ia selepas dakwaan pemainnya, Byron Castillo memalsukan dokumen kelahirannya dan dikatakan dilahirkan di Colombia.
Badan induk dunia, Fifa sedang menyiasat sama ada bek kanan itu, yang bermain untuk pasukan Mexico, Leon, dilahirkan di Ecuador atau di Colombia.
Castillo sudah melakukan 10 penampilan untuk Ecuador dan membantu mereka mara ke pusingan akhir Piala Dunia di Qatar, November ini.
Bagaimanapun Mail mempunyai bukti rakaman audio empat tahun lalu yang mana Castillo menyebut namanya sama seperti di sijil kelahiran Colombia yang didakwa miliknya.
Castillo ketika itu juga berkata dia dilahirkan tiga tahun lebih awal daripada umur pada sijil kelahiran Ecuadornya.
The Mail menambah Castillo ketika itu mejelaskan bagaimana dia meninggalkan Colombia untuk ke Ecuador dalam usahanya menjadi seorang pemain bola sepak profesional.
Castillo juga menamakan seorang ahli perniagaan Ecuador yang didakwa memberikan identiti baharunya.
Audio Castillo milik Mail itu mungkin mempunyai kesan besar terhadap penampilan Ecuador di Piala Dunia.
BACA:
Kecantikan Zahirah Macwilson ‘overshadow’ DDNK dan pasangan jadi bualan, “mana satu pengantin?”
Sultanah Kelantan tampil buat pertama kali di Istana Kelantan
Peminat teruja tengok anak Tomok fasih cakap mandarin, “tepat dia sebut!”