Duit tiba-tiba lesap dalam akaun, ini cara dapatkan semula wang anda

Oleh INFORAKYAT

Duit tiba-tiba lesap dalam akaun, ini cara dapatkan semula wang anda.BUNTU DUIT HILANG DALAM AKAUN BANK ANDA – INI CARA BUAT LAPORAN DAN DAPATKAN SEMULA DUIT ANDA

Mesti ramai yang panik bila tiba-tiba duit dalam bank kena tolak walaupun kita tak melakukan sebarang transaksi.

Kalau setakat RM5-RM10 tu tahanlah lagi, ni ada yang sampai beratus-ratus dan beribu-ribu entah dari mana!

Apa yang sepatutnya kita buat dan bagaimana nak dapatkan balik duit yang hilang dalam akaun tu?

Di sini kami kongsikan tips daripada Peguam Messrs. Azimah & Co. dan juga pengalaman individu yang pernah mendapatkan balik duitnya yang hilang dalam akaun bank sebelum ini.

Duit tiba-tiba lesap dalam akaun, ini cara dapatkan semula wang anda

Semoga dapat dijadikan panduan untuk kita kalau berlaku kes-kes begini. Taklah panik dan terus biarkan scammer tu terlepas kan?

Tips Dari Peguam: Cara Buat Laporan Jika Duit Hilang Dalam Akaun Bank

1) HUBUNGI TALIAN HOTLINE BANK ANDA UNTUK MEMBUAT SEKATAN KE ATAS AKAUN ANDA.

Pertama sekali, sila maklumkan kepada pihak bank anda mengesyaki pihak lain melakukan transaksi tanpa kebenaran anda.

Minta bank block transaksi yang sama supaya tiada lagi transaksi boleh dilakukan oleh individu yang tidak diketahui itu.

Kadang-kadang ada kes transaksi dilakukan berkali-kali sampai habis duit dalam akaun bank, barulah kita sedar!

2) KUMPUL BUKTI

Antara bukti yang perlu anda semak dan cari:

  • Mesej pengeluaran/pemindahan yang diterima daripada pihak bank ke telefon anda.
  • Screenshot online transaction daripada website bank anda (sekiranya anda mempunyai akaun untuk online transaction.).
  • Jika tidak, boleh minta salinan transaksi di kaunter bank.

3) REPOT POLIS

Buat report polis di balai polis berhampiran mengenai pengeluaran/ pemindahan duit yang berlaku.

Bawa dokumen dan bukti yang telah dikumpulkan.

4) PERGI KE CAWANGAN BANK TEMPAT ANDA BUKA AKAUN

Namun sekiranya jauh dari tempat anda berada sekarang, anda boleh pergi ke mana-mana cawangan bank berdekatan.

Bawa segala dokumen yang berkaitan termasuk repot polis.

Maklumkan kepada pihak mereka kejadian yang berlaku. (Pihak bank akan memaklumkan tempoh masa untuk mereka melakukan siasatan).

Ambil nombor telefon pegawai bank yang berurusan dengan anda.

5) ANDA BOLEH TUNGGU SEHINGGA DIHUBUNGI OLEH PIHAK BANK

Bank mungkin akan mengambil masa untuk menjalankan siasatan dan memaklumkan anda semula tentang kes ini.

Jadi, anda perlu hubungi bank dari semasa ke semasa untuk mendapatkan perkembangan tentang kes kehilangan wang anda.

6) MEMBUAT LAPORAN DI BANK NEGARA

Satu lagi cara yang boleh dilakukan adalah dengan membuat laporan di Bank Negara Malaysia.

  • Talian BNM Telelink
  • Telefon: 1-300-88-5465 / 603-2698-8044 / 2698 9044 / 9179 2888
  • Luar Negara: +603-21741717
  • Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang (Isnin – Jumaat)

Laman Web
Pautan: Borang eLink BNM

Pusat Khidmat Pelanggan
BNMLINK (Laman Informasi Nasihat dan Khidmat)Bank Negara Malaysia Blok D, Jalan Dato’ Onn 50480 Kuala Lumpur

Tapiiiii KENA INGAT ni. Bank negara telah memaklumkan bahawa sebelum isi form ni, kita sebagai pengguna perlu BERUSAHA mendapatkan penyelesaian dengan Unit Aduan institusi kewangan/pengeluar instrumen pembayaran.

Maksudnya, kita sedaya upaya kena cuba berurusan dengan bank dahulu berkenaan isu hilang duit. Sudah pasti apabila kejadian duit hilang ni di adukan pada bank, pihak bank akan menyiasat terlebih dahulu dan akan memaklumkan pada anda apa yang berlaku.

Sekiranya anda MASIH TIDAK BERPUAS HATI dengan maklum balas/ hasil siasatan pihak bank, barulah anda boleh isi borang ini. Sila BACA dan HADAM info sebelum isi borang tersebut kerana Bank Negara meletakkan beberapa kondisi/ syarat sebelum isi form.

Sila baca maklumat lanjut di website Bank Negara di link di bawah:
http://www.bnm.gov.my/

7) JIKA TIDAK MAHU MENUNGGU LAMA, ANDA BOLEH MENGHANTAR LETTER OF DEMAND (LOD) KEPADA PIHAK BANK

1. Lantik peguam untuk menyediakan LOD bagi mendapatkan penjelasan tentang transaksi yang berlaku tanpa pengetahuan anda.

2. Peguam akan request pihak bank untuk melakukan siasatan dalam tempoh yang diberikan.

Sekiranya penjelasan yang di berikan oleh pihak bank tidak memuaskan, atau anda mendapati wujud faktor kelalaian, atau kemungkinan data privasi anda dicerobohi, anda boleh mengambil tindakan lanjut dengan MEMFAILKAN SAMAN.

Kos untuk menyediakan LOD tidak seperti kos memfailkan saman. Ia jauh lebih murah dan merupakan langkah yang cepat jika anda ingin mendesak bank meneliti apa yang berlaku pada akaun bank anda dengan kadar segera. Namun perlu diingat, langkah ini hanyalah membantu mempercepatkan proses siasatan. Ini bukanlah suatu jaminan bahawa duit anda akan dipulangkan!

Setelah maklum balas diperolehi dari pihak bank, sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pihak bank, anda boleh mendapatkan nasihat daripada peguam anda untuk langkah seterusnya.

BACA:
Jual Volkswagen Passat, beli Perdana terpakai – Doktor ini tak malu nak ‘downgrade’

Shafee kembali jadi peguam Najib, mohon sehari untuk sedia hujah gugur Tengku Maimun

Najib mohon Ketua Hakim Negara digugurkan