Shafee kembali jadi peguam Najib, mohon sehari untuk sedia hujah gugur Tengku Maimun

Shafie kembali jadi peguam Najib mohon sehari untuk sedia hujah gugur Tengku Maimun

Shafee kembali jadi peguam Najib, mohon sehari untuk sedia hujah gugur Tengku Maimun. Peguam Shafee Abdullah meminta Mahkamah Persekutuan memberinya tempoh “kurang 24 jam” bagi membolehkannya menyediakan hujah dalam usaha Najib Razak menggugurkan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat daripada mendengar rayuan kes SRC International.

Shafee yang kembali menyertai pasukan pembelaan Najib pagi ini berkata, beliau tidak mempunyai sebarang dokumen mahkamah bersamanya sekarang selain hadir ke mahkamah itu dari tempat lain di Petaling Jaya.

Terdahulu, peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa Shafee akan membantunya dalam usaha Najib membuat permohonan agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mendengar rayuan kes SRC.

Bagaimanapun, Tengku Maimun menolak lanjutan masa dan berkata “kita dapati tidak ada sebab untuk menangguhkannya”.

BERITA LANJUT MENYUSUL

Shafie kembali jadi peguam Najib, mohon sehari untuk sedia hujah gugur Tengku Maimun

BACA:

Najib mohon Ketua Hakim Negara digugurkan

Ahmad Idham mungkin jadi calon PRU-15 parti GTA

Jebat Jayden ‘kantoikan’ babanya bila kena tanya pasal girlfriend

CATEGORIES