‘Disangka kain buruk, rupanya kucing’ – Sikit lagi nak tabur sabun. Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
Selain dari itu perangai haiwan ini yang sukar dijangka membuatkan pemiliknya kadang-kadang pelik dan terhibur dengan kucing yang dijaganya. Sama seperti gelagat seekor si comel dalam satu rakaman yang tular baru-baru ini.
Spesis haiwan seperti kucing ini banyak dijadikan peliharaan. Bukan sahaja kerana ianya memiliki fizikal comel, malah sifat manja dan sukakan perhatian turut menjadi sebab kenapa ramai yang sukakan kucing sebagai haiwan peliharaan.
Berikut adalah perkongsian rakaman si bulus santai berendam dalam air ini:
Dalam satu perkongsian tersebut kelihatan seekor si bulus santai berendam dalam air. Besen yang berisi air itu diletakkan di luar rumah dan si comel ini tenang sahaja terbaring di dalamnya.
Amboi tenang dan santai habis! Perkongsian rakaman gelagat si bulus santai berendam dalam air ini telah meraih lebih 2.2 juta tontonan dan 377 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan gelagat haiwan ini yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun khasaaja.