Cara mohon bantuan barang dapur RM300 untuk rakyat Malaysia

Oleh INFORAKYAT

Cara mohon bantuan barang dapur RM300 untuk rakyat Malaysia. Mana-mana individu yang terputus bekalan makanan diminta menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan. Hubungi Talian Kasih 15999 atau bilik gerakan JKM Daerah anda.

Rakyat Malaysia yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara boleh menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.

Mereka juga boleh mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Bakul Prihatin Negara seperti Soalan Lazim (FAQ), borang dan carta alir permohonan serta nombor telefon Bilik Gerakan JKM di seluruh negara boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Setiap bakul makanan adalah berjumlah RM100.

Cara mohon bantuan barang dapur RM300 untuk rakyat Malaysia

Ianya mengandungi barangan seperti berikut:

– beras

– gula

– tepung gandum

– bihun

– kicap

– sardin

– biskut

– kopi

– garam

CARA MOHON BANTUAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Ini adalah cara untuk membuat permohonan bantuan program bakul makanan ini. Ianya boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu:

– Hubungi bilik gerakan JKM negeri/ daerah di mana anda menetap. (nombor telefon boleh diperolehi di bahagian bawah artikel ini)

– Hubungi talian kasih di 15999.

– Whatsapp di 019-26 15999. (wa.me/60192615999)

– Hubungi pemimpin tempatan.

Perdana Menteri telah memperkenalkan program bakul makanan yang dikenali sebagai Bakul Prihatin Negara tahun 2022 ini bagi mereka yang memerlukan. Syarat bagi Program Bakul Makanan ini ditujukan khusus kepada keluarga yang terjejas akibat pada masa ini.

Dijangka lebih 400,000 penerima akan mendapat manfaat daripada program ini.

SENARAI NOMBOR JKM SETIAP DAERAH DAN NEGERI

Ini adalah nombor yang boleh anda hubungi untuk membuat permohonan program ini.

SABAH

  • JKM KOTA KINABALU : 088-269821

SARAWAK

  • JKM NEGERI : 082-311554

TERENGGANU

  • JKM NEGERI : 09-6301193

SELANGOR

  • JKM NEGERI : 03-55458570

PERAK

  • JKM NEGERI : 05-2545505

NEGERI SEMBILAN

  • JKM NEGERI : 06-7659332

KELANTAN

  • JKM NEGERI : 09-7416925

MELAKA

  • JKM NEGERI : 06-2324670

PAHANG

  • JKM NEGERI : 09-5650226

PULAU PINANG

  • JKM NEGERI : 04-6505258

JOHOR

  • JKM NEGERI : 07-2281450

KEDAH

  • JKM NEGERI : 04-7001700

PERLIS

  • JKM NEGERI : 04-9731926

WILAYAH PERSEKUTUAN

  • JKM IBU PEJABAT PUTRAJAYA : 03-83231996

BACA:

‘Tak makeup pun sebijik Lisa Surihani’ – muka wanita ini jadi bualan netizen

Doktor nasihat ibu bapa lebih waspada, Influenza A lebih bahaya dari Covid-19

Sajat kini model di Australia