Doktor nasihat ibu bapa lebih waspada, Influenza A lebih bahaya dari Covid-19

Doktor nasihat ibu bapa lebih waspada Influenza A lebih bahaya dari Covid 19

Doktor nasihat ibu bapa lebih waspada, Influenza A lebih bahaya dari Covid-19. Seorang doktor merayu ibu bapa mengambil langkah berwaspada termasuk tidak membawa anak masing-masing ke tempat sesak susulan kes jangkitan influenza ketika ini.

Dr. Hannani Kamarudin menerusi video dimua naik di media sosial, beliau menceritakan keadaan di kliniknya didatangi kanak-kanak demam dengan suhu 39 hingga 40 darjah Celsius serta influenza A positif.

“Keadaan sekarang sangat-sangat merisaukan dan mungkin akibat raya hari itu (peningkatkan kes influenza). Saya tengok kalau anak-anak kena Covid-19, simptom tidak seteruk influenza.

“Influenza ini teruk betul, bagi ubat demam suhu tidak turun. Panas, kering dan sangat berisiko,” rayunya menerusi video tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata, lebih menyedihkan apabila stok ubat sangat genting di Malaysia.

Doktor nasihat ibu bapa lebih waspada, Influenza A lebih bahaya dari Covid-19

“Ubat cecair kebanyakan sudah tidak ada stok malah, pembekal besar sekali pun tidak ada stok. Sangat merisaukan jadi, sama-sama jaga anak dan kalau boleh tidak perlu ke tempat ramai orang dahulu.

“Demam sikit terus bagi ubat demam, jelum dan pujuk dia makan, minum air putih dan buat sup. Bagi banyak buah-buahan dan jangan bagi ubat aneh-aneh yang bukan daripada doktor…saya risau,” katanya.

BACA:

Tak wajib pun ambil dos penggalak, kata timbalan menteri

Tiada data buktikan kanak-kanak perlukan vaksin Covid-19, kata pakar

WHO mula sangsi kemampuan vaksin Covid-19 untuk tamatkan pandemik

CATEGORIES