Budak bawa bekal petai ke sekolah curi tumpuan. JIKA kanak-kanak lain memilih menu nasi lemak, roti, sandwich mahupun mi goreng sebagai menu sarapan pagi, berbeza pula dengan seorang kanak-kanak yang tular baru-baru ini.
Si kecil bernama Adekta memilih sajian ‘rare’ dengan membawa bekal nasi dan ikan goreng serta beberapa keping petai.
Gelagat bersahajanya mencuri tumpuan ramai lebih-lebih lagi membawa petai mentah.
Bahkan, warga maya turut kagum dan memuji sikap berdikari yang dipraktikkan Adekta dalam menyiapkan bekalannya sendiri.
Kisah anak kecil berasal dari Indonesia itu mulai tular di medium TikTok selepas ibu saudaranya memuat naik videonya sedang menyiapkan sendiri sarapan untuk dibawa ke sekolah.
Ibu saudara yang dikenali sebagai Dita Kerang memuat naik ‘aksi’ Adekta yang memasukkan nasi ke dalam bekas makanannya sambil ‘membebel’ nyata mencuit hati ramai.
Menerusi video tersebut, Adekta ditegur ibu saudaranya kerana membawa banyak petai ke sekolah.
Si kecil itu pantas menjawab dengan berkata, ia untuk dimakan bersama-sama rakan-rakannya.
Rupa-rupanya Adekta seorang kawan yang pemurah orangnya.
Beliau turut menghulurkan bekalan makanan yang dibawanya untuk dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain ketika waktu rehat di sekolah.
Bahkan, Adekta sempat memberi teguran kepada ibu saudaranya itu supaya jangan kedekut untuk berkongsi rezeki kerana orang yang kedekut, kuburnya sempit.
Kata-kata si kecil itu benar-benar membuatkan ramai yang tergelak besar.
Suka betul tengok gelagat Adekta ini. Sudahlah pakai bedak putih pada mukanya, gaya menjawab pun buat ramai geli hati kan!
BACA:
Sultan Selangor dukacita dengan komen netizen
Rumah Banglo RM7 Juta milik lelaki ini ambil masa 7 tahun siap, penuh dengan doodle
Tya Arifin kena kecam buat ‘aksi panas’ atas katil, “siap baring tu..”