Bekas menteri kahwin lagi, tamat zaman duda. Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Parlimen), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dilaporkan bakal mengadakan satu majlis persandingan susulan pernikahan beliau baru-baru ini.
Beliau bakal disandingkan di atas pelamin dengan wanita pilihan, Datin Seri Fauziah Mohd Sanusi dalam satu majlis di sebuah hotel terkemuka di ibu negara sekitar jam, 7.30 malam ini.
Dijangkakan akan turut hadir, termasuklah Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan beberapa pemimpin kanan negara.
Terdahulu tular gambar perkahwinan pasangan mempelai itu selepas akad nikah yang dipercayai berlangsung baru-baru ini.
Ini adalah perkahwinan kedua Wan Junaidi selepas kematian isterinya, Datin Seri Norjanah Feona Sim Abdullah, pada 27 Mei lalu.
Terdahulu, Wan Junaidi, 77, membuat keputusan untuk tidak bertanding di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Nancy Shukri.
Pada perkahwinan terdahulu, Wan Junaidi dikurniakan dengan tiga cahaya mata perempuan.
BACA:
Terpegun tengok Proton Perdana versi baharu ini
Ketua Menteri gusar gelombang hijau bakal landa Pulau Pinang
Rupanya tiga tim. menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio