‘Baru je merasa, dah remuk macam ni’- Kemalangan Alza 2022 pertama

Oleh AHMAD SULAIMAN

‘Baru je merasa, dah remuk macam ni’- Kemalangan Alza 2022 pertama. MPV serba baharu, Alza 2022 berjaya mencuri perhatian ramai sehingga menjadi bualan hangat di pelbagai platform internet.

Terbaharu, tular beberapa gambar sebuah Alza baharu terlibat kemalangan dengan dua buah lagi kenderaan, Hyundai Tuscon dan Perodua Kancil, lapor the Vovket.

Menurut perkongsian Facebook PanduLaju, kejadian terbabit berlaku apabila ada sebuah Proton Saga keluar simpang secara meluru, kemudian melanggar kereta Hyundai sehingga SUV itu terbabas merempuh Perodua Alza dan Kancil.

Gambar-gambar yang tular itu telah menarik perhatian netizen dan mereka memberikan pelbagai reaksi terhadap kejadian terbabit.

Ramai warganet berasa kagum dengan ciri keselamatan yang ada pada Alza serba baharu ini kerana berjaya menyelamatkan pemandu dan penumpang daripada mengalami kecederaan yang lebih parah. MPV terbaharu itu mendapat ‘5 Bintang ASEAN NCAP’ dalam ujian kemalangan dengan skor keseluruhan sebanyak 81.64 mata.

'Baru je merasa, dah remuk macam ni'- Kemalangan Alza 2022 pertama

Dalam pada itu, ramai juga menzahirkan rasa simpati kepada pemilik Alza terbabit kerana kereta baru sahaja dapat (plastik masih ada pada tempat duduk), sudah terlibat kemalangan disebabkan pemandu lain yang cuai.

BACA:

Selepas 2 tahun, akhirnya jemaah boleh kucup hajarul aswad semula

Cederakan wanita, penceramah terkenal kena cekup – “dia ni rupanya..’

Bumi berputar semakin laju, Saintis dedah perkara menakutkan bakal berlaku