Selepas 2 tahun, akhirnya jemaah boleh kucup hajarul aswad semula

Selepas 2 tahun akhirnya jemaah boleh kucup hajarul aswad semula

Selepas 2 tahun, akhirnya jemaah boleh kucup hajarul aswad semula. Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud, mengeluarkan arahan diraja supaya pengadang perlindungan yang ditempatkan sekeliling Kaabah di Tanah Suci Makkah sejak 2020, dialihkan sejajar dengan bermulanya musim baharu ibadah umrah.

Presiden Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdul Rahman Al-Sudais, ketika mengumumkan perkara itu, semalam, berkata keputusan berkenaan turut menekankan kesungguhan kepemimpinan Arab Saudi untuk memudahkan jemaah serta pelawat Masjidil Haram menunaikan ibadah dalam suasana tenang dan selamat, terutama dengan peningkatan kehadiran mereka sempena musim baharu umrah.

Saudi Gazette memetik beliau sebagai berkata, usaha sedang dijalankan dengan kerjasama semua sektor terbabit bagi menerima kedatangan jemaah di Masjidil Haram, sekali gus menyediakan segala perkhidmatan dan kemudahan diperlukan, seiring aspirasi pemurah kepemimpinan negara ini.

Sebelum ini, pengadang terbabit ditempatkan di sekeliling Kaabah bermula 1 Julai 2020 selaras arahan Pusat Kebangsaan Untuk Pencegahan Coronavirus, sebagai langkah mengekang penularan pandemik COVID-19.

Langkah itu secara langsung menghalang jemaah haji dan umrah serta pelawat daripada menyentuh mahupun mencium Kaabah dan Hajarul Aswad.

Selepas 2 tahun, akhirnya jemaah boleh kucup hajarul aswad semula

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Kementerian Haji dan Umrah mengesahkan jemaah dari luar negara yang mahu menunaikan umrah, tidak lagi perlu mengemukakan keputusan negatif ujian saringan pantas antigen atau Polymerase Chain Reaction (PCR) untuk memasuki Arab Saudi.

Namun, kementerian itu menjelaskan, insurans bagi menampung kos rawatan sekiranya dijangkiti COVID-19, masih menjadi antara syarat kemasukan jemaah dari luar negara untuk menunaikan umrah.

Menurut kementerian itu, tempoh tinggal bagi mereka yang datang dengan visa umrah adalah 90 hari saja, lapor Saudi Gazette.

Selain itu, jemaah terbabit boleh melakukan pergerakan dan perjalanan sepanjang tempoh berkenaan, antara Makkah dengan Madinah serta semua bandar lain di Arab Saudi.

Kementerian terbabit juga telah memperkenalkan kemudahan reka bentuk elektronik bagi program Lawatan Umrah untuk jemaah luar negara.

Jemaah boleh memilih program berkenaan secara terus dan tanpa perantara pada musim baharu umrah.

Mereka boleh memohon visa umrah melalui e-platform yang diluluskan untuk perkhidmatan umrah bagi individu, melalui https://maqam.gds.haj.gov.sa/Home/OTAs.

Selain itu, jemaah juga boleh menyemak syarat umrah mengikut negara ketibaan, dengan melayari laman sesawang kementerian https://haj.gov.sa/en/InternalPages/Umrah.

Individu tanpa vaksinasi akan dibenar menunaikan solat di Masjidil Haram serta Masjid Nabawi di Madinah.

Terdapat juga kemungkinan untuk jemaah tanpa vaksinasi memperoleh permit umrah melalui aplikasi Eatmarna, dengan syarat mereka tidak dijangkiti atau menjadi kontak individu yang dijangkiti COVID-19. – AGENSI

BACA:

Bumi berputar semakin laju, Saintis dedah perkara menakutkan bakal berlaku

Pemuda tangkap budak solat di surau tengok aksi ‘gay’ di telefon

Kerajaan sedia bantuan tingkatkan ‘skill” dalam kerja, mohon sekarang

CATEGORIES