Bantuan RM60 Juta oleh Bernas: Ini butiran lanjut yang pesawah kena tahu. Bantuan Khas BERNAS RM60 Juta Pesawah Seluruh Negara. Kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bantuan pada tahun lepas dengan pembentukan kerajaan yang terdahulu. Kini sudah masuk tahun 2023, pembentukan kerajaan baharu telah dibina dan pelbagai inisiatif bantuan telah dilaksanakan dengan sebaiknya bagi meringankan beban rakyat terutama dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin tinggi ini.
Untuk makluman terbaru buat rakyat Malaysia, sekarang satu lagi bantuan yang telah disalurkan oleh kerajaan buat rakyat Malaysia iaitu Bantuan Khas Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) berjumlah RM60 juta bagi tahun 2023 akan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah.
Bantuan Khas BERNAS RM60 Juta Pesawah Seluruh Negara
Apakah Itu BERNAS Dan Bantuan BERNAS?
Padiberas NasionalBerhad (BERNAS) adalah syarikat yang tercatat di Pasar utama Bursa Malaysia. Sebagai rakan kongsi negara dalam padi domestik dan industri beras, BERNAS dan kumpulan syarikat syarikat yang terlibat dalam pengadaan dan pengolahan padi, serta import, pergudangan, pengedaran dan pemasaran beras di Malaysia.
Untuk meningkatkan kehadiran BERNAS di sepanjang supply chain industri. Kumpulan BERNAS syarikat sekarang terlibat dalam kegiatan benih dan pertanian, beras venture antarabangsa bersama, serta perniagaan beras pelengkap.
Dengan kekuatan 1,600 orangkakitangan, BERNAS terus memenuhi kewajibannya berdasarkan Perjanjian Privatisasi ditandatangani dengan Kerajaan pada tahun 1996.
Kewajipan ini merangkumi penyelenggaraan persediaan beras nasional, bertindak sebagai pembeli terakhir untuk petani padi, menguruskan Bumiputera Rice Miller Skemadan pengedaran Padi Kadar Subsidi untuk petani atas nama Keraj
aan.
BERNAS akan terus berjuang demi memenuhi tanggungjawab kepada para pemegang saham, industri, pengguna dan bangsa secara keseluruhan.
Penyaluran Bantuan Khas RM60 Juta Kepada Pesawah Di Seluruh Negera
Bantuan khas BERNAS:
- Pada tarikh 31 Disember 2022, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). YB Tuan Haji Mohamad Sabu telah mengumumkan bahawa bantuan khas daripada Padi beras Nasional Berhad (BERNAS) yang mana ia berjumlah RM10 juta bagi tahun 2022 akan diteruskan seperti biasa dengan disalurkan secara berperingkat kepada pesawah berjumlah RM250 bagi setiap orang pesawah.
- Rentetan daripada pengumuman tersebut, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan ini telah menerima pelbagai maklum balas dan pertanyaan media. Oleh itu, Kementerian ini ingin menjelaskan bahawa penyaluran peruntukan khas ini ia adalah dilaksanakan secara berperingkat kepada tiga (3) buah negeri di Pantai Timur terlebih dahulu untuk disalurkan bantuan iaitu Negeri Kelantan, Negeri Terengganu dan Negeri Pahang yang mana ia melibatkan seramai 20,598 orang pesawah bagi ketiga-tiga negeri tersebut.
“Pesawah di tiga buah negeri terbabit akan menerima bantuan khas ini selewat-lewatnya pada 16 Januari depan.
“MAFS dan agensi dibawahnya sedang memuktamadkan senarai nama dan nombor akaun pesawah di ketiga-tiga negeri bagi memastikan proses penyaluran berjalan lancar.
“Seramai 20,598 pesawah akan menerima manfaat daripada sumbangan BERNAS ini berjumlah RM250 bagi setiap pesawah,” katanya Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS). YB Tuan Haji Mohamad Sabu dalam satu kenyataan, baru-baru ini.
Bantuan Khas BERNAS RM60 Juta Pesawah Seluruh Negara, Baki RM50 Juta
Ke Mana Baki RM50 Juta Akan Disalurkan?
Untuk makluman rakyat Malaysia yang merupakan para pesawah, untuk para pesawah yang daripada negeri-negeri lain di seluruh negara akan mereka akan menerima bantuan khas ini apabila baki berjumlah RM50 juta tersebut akan disalurkan bermula awal tahun 2023 ini
Justeru itu, bantuan BERNAS ini dianggarkan seramai 240,000 orang pesawah di seluruh negara mereka akan menerima manfaat ini daripada sumbangan BERNAS yang secara keseluruhan totalnya berjumlah RM60 juta. Bantuan BERNAS ini adalah merupakan insentif khas kerajaan kepada pesawah oleh BERNAS dalam membantu serta meringankan kos sara hidup para pesawah selain dengan memberi manfaat sedia ada yang disediakan oleh Kerajaan dalam bentuk subsidi (input dan output).
Pada masa ini, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) selaku agensi pembayar sedang mengenal pasti dan menyemak senarai pesawah yang layak berdasarkan Prosedur Tetap Operasi (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan proses penyaluran bantuan khas ini berjalan lancar.
Kementerian ini sentiasa peka dan prihatin dengan kebajikan golongan petani, penternak dan nelayan selain turut menyediakan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif kepada golongan sasar MAFS.
Makluman Tambahan Tentang BERNAS
Tahukah anda, BERNAS telah mengambil alih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) iaitu pada 7 Julai 1994 serta diswastakan pada 12 Januari 1996 sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan Malaysia. Justeru itulah, amat sukar melihat kenaikan harga beras di pasaran. Walaupun telah berlaku kekurangan beras pada 2008 sehingga ia membawa kepada pembelian yang semakin tinggi di pasaran antabangsa, stok beras tetap masih boleh didapati di kedai-kedai tempatan rakyat Malaysia.
Selain itu, walaupun harga beras global telah meningkat kepada sebanyak 217 peratus, harga beras tempatan Malaysia ia tetap lebih stabil dengan peningkatan hanya 30 peratus, serta tiada kekurangan beras dilaporkan. Krisis Makanan Dunia pada tahun 1973 sehingga krisis terakhir berlaku pada pada tahun 2008 ia telah banyak memberi pengajaran supaya untuk Malaysia lebih berwaspada.
Pernahkah anda tahu bahawa pengakhiran situasi itu ekoran tindakan pantas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan BERNAS dalam mengawal situasi dan memastikan kestabilan bekalan dan harga beras domestik?
BERNAS turut menyerap kos kenaikan harga beras dunia yang melambung bagi memastikan impak yang minimum kepada rakyat. Bagi sebarang lebihan bekalan padi, BERNAS sebagai pembeli padi terakhir bertanggungjawab untuk menangani lebihan itu dalam memastikan semua beras tempatan tersedia di pasaran pada harga yang dijamin.
Peranan utama BERNAS ialah untuk mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara, di samping membuat tanggungjawab sosial dan komersil yang selama ini dipikul oleh LPN. Ini termasuk mewakili pihak kerajaan dalam pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani, mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra, membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin dan bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani.
Bantuan Khas BERNAS RM60 Juta Untuk Pesawah Seluruh Negara
Bagi anda yang baru daftar memohon atau sudah memohon, sila rujuk dan ikuti langkah-langkah yang telah ditetapkan dari BERNAS supaya permohonan anda tidak ditolak. Semoga dengan segala usaha anda untuk memohon bantuan yang disediakan oleh kerajaan dapat anda milikinya dan digunakan dengan sebaik yang mungkin.
Jangan lupa kongsikan maklumat dan info bermanfaat ini kepada rakan-rakan yang lain agar dapat bantuan ini bersama.
BACA JUGA :
“Macam mana boleh muat weh?” – 11 PATI kantoi menyorok dalam Proton Wira
‘Letak 25 bekas dadih, dapat RM8 je’ – Pelajar kecewa kena tipu, dah la duit koyak
Ada 14 premis judi dalam satu kawasan di Kedah, laporan dedah sesuatu mengejutkan