“Macam mana boleh muat weh?” – 11 PATI kantoi menyorok dalam Proton Wira

“Macam mana boleh muat weh?” – 11 PATI kantoi menyorok dalam Proton Wira

“Macam mana boleh muat weh?” – 11 PATI kantoi menyorok dalam Proton Wira. Kesanggupan 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar berhimpit dalam sebuah kereta untuk masuk ke negara ini berakhir sia-sia apabila mereka ditahan di Kilometer 33, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah Selatan di Jitra, dekat sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Suprintenden Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua PATI itu ditahan bersama seorang tekong yang juga warga Myanmar berusia 44 tahun dan memegang kad Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian (UNHCR).

Menurutnya, tekong tersebut bertindak sebagai pemandu kereta jenis Proton Wira yang dipinjamnya daripada seorang lelaki tempatan di Butterworth, Pulau Pinang.

"Macam mana boleh muat weh?" - 11 PATI kantoi menyorok dalam Proton Wira

“11 PATI tersebut terdiri daripada dua wanita dan sembilan lelaki berusia antara 19 hingga 37 tahun dipercayai masuk ke negara ini kira-kira pukul 7 petang semalam dari Thailand dengan dipandu arah oleh dua lelaki warganegara jiran itu.

“Selepas melepasi sempadan Malaysia di Bukit Kayu Hitam, dua ejen berkenaan berpatah balik ke Thailand manakala 11 PATI tersebut diambil oleh tekong berkenaan untuk dihantar ke Butterworth.

“Kenderaan itu dijejaki polis menyebabkan mereka ditahan kira-kira pukul 3.30 pagi. Hanya tekong tersebut yang boleh berbahasa Melayu dan dia mendakwa disuruh mengambil PATI tersebut oleh kawannya yang juga warga Myanmar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, hari ini.

Difahamkan kesemua PATI tersebut membayar sebanyak kira-kira RM3,000 kepada seorang lelaki warganegara Myanmar di negara itu yang bertindak sebagai ejen bagi memasuki negara ini.

Katanya, tekong tersebut yang bekerja sebagai buruh binaan di Pulau Pinang mendakwa dia dijanjikan upah sebanyak RM500 untuk melaksanakan tugas tersebut.

“Namun dia mendakwa masih belum dibayar untuk berbuat demikian. Pihak polis kemudiannya merampas kenderaan tersebut serta sebuah telefon bimbit untuk melakukan siasatan,” katanya.

Menurutnya kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963.

BACA JUGA :

Ada 14 premis judi dalam satu kawasan di Kedah, laporan dedah sesuatu mengejutkan

Tak sangka ini jawapan TMJ selepas Hannah Yeoh tweet sebut namanya

“Kami kongsi suami yang sama”, pendedahan adik beradik dari Kedah ini mengejutkan

CATEGORIES