Bantuan RM480 untuk semua suri rumah, semak kelayakan sekarang. Permohonan bantuan i-Suri KWSP adalah bantuan yang diberikan kepada suri rumah, balu dan ibu tunggal yang akan menerima insentif RM480 setahun. Ia khusus untuk mengiktiraf sumbangan mereka kepada ahli keluarga dan pembangunan negara.
Berikut adalah maklumat lanjut yang perlu anda ketahui sebelum memohon bantuan i-Suri KWSP ini.
BANTUAN I-SURI KWSP
Berikut dinyatakan senarai bantuan yang akan diterima oleh penerima i-Suri:
- Bayaran RM480 diberikan bermula dari 2019 sehingga tahun-tahun berikutnya termasuk 2021.
- Bantuan kematian turut disediakan berjumlah RM2,500.
- Penerima i-Suri akan menerima dividen tahunan KWSP seperti pencarum lain.
- Bantuan orang kurang upaya.
- Pengeluaran simpanan.
- Insentif kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan beberapa syarat telah ditetapkan kepada yang berminat untuk membuat pendaftaran i-Suri:
- Malaysia
- Suri rumah berdaftar dalam eKasih.
- Belum 60 tahun.
- Mencarum sekurang-kurangnya RM5 sebulan atau RM60 setahun ke dalam akaun KWSP.
- Isteri Ketua Rumah (KIR) / Perempuan (KIR).
Siapa yang boleh mencarum?
- Suami bagi pasangan yang layak
- Diri sendiri (isteri)
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Berikut adalah cara memohon bantuan i-Suri:
- Bawa kad pengenalan bersama dua borang i-Suri ke mana-mana cawangan KWSP berhampiran.
- Borang i-Suri KWSP 16G (M) – Untuk pendaftaran kali pertama.
- Borang i-Suri KWSP 6A (2) – Untuk masa pembayaran.
PEMBAYARAN CARUMAN
Pembayaran caruman boleh dibuat melalui tiga cara:
- Tunai atau cek di kaunter peresitan KWSP.
- Tunai atau cek di kaunter panel KWSP sama ada Maybank, Public Bank, BSN ataupun Public Bank.
- Pindahan wang melalui perbankan internet melalui Maybank atau Public Bank.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan atau masalah dalam membuat permohonan i-Suri, anda boleh melayari laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my/ atau menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000Untuk maklumat berkenaan dengan kelayakan insentif, sila layari lama web rasmi Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat di https://www.kpwkm.gov.my/