Bangga! Doktor dari Malaysia cipta hijab dipakai di hospital UK. Kesungguhan pakar bedah, Dr Farah Shaheera Roslan, 28, yang berusaha menyelesaikan masalah doktor wanita Muslim berhijab di bilik pembedahan (OT) di luar negara akhirnya terbalas apabila beberapa hospital di United Kingdom (UK) menggunapakai tudung steril pakai buang itu.
Tahun lalu, beliau pernah tular kerana mencipta sejarah dalam menyelesaikan masalah doktor wanita Muslim berhijab berikutan terdapat kekangan pemakaian tudung yang dianggap tidak mengikut prosedur standard ditetapkan.
Sebelum ini, pernah dilaporkan juga pengalaman beliau diminta keluar dari bilik OT, di Queens Medical Centre, di UK disebabkan memakai tudung tidak sesuai mengikut prosedur standard, sehingga menjadi titik tolak Dr Farah Shaheera, mencipta sejarah dalam menyelesaikan masalah doktor wanita Muslim berhijab.
Susulan itu, anak kelahiran Seremban ini berusaha merealisasikan dan ideanya itu mendapat sambutan positif, sekali gus mendapat pengiktirafan Mary Seacole NHS Leadership Academy Award 2020, selain dicalonkan dalam British Muslim Award 2020.
Memetik katanya tahun lalu, beliau bertugas di Northampton General Hospital, UK, berkata biarpun pada dasarnya, hijab pakai buang ini bukan perkara wajib ketika di OT kerana tudung lain yang bersih juga boleh digunakan, tetapi sekurang-kurangnya ia membantu menyelesaikan masalah menutup aurat ketika di OT jika keadaan mendesak.
“Tidak bermakna, wanita Muslim tidak boleh menutup aurat ketika bertugas di OT. Bahkan melihat kepada kos sehelai hijab pakai buang ini juga tidak mahal iaitu kira-kira 1.1 Pound sterling (RM5.98) saja,” katanya.
Pengiktirafan penggunaan tudung steril pakai buang di beberapa hospital UK itu, didedahkan menerusi ciapan di satu Twitter dikenali Alhamdulillah, pada Jumaat.
Berikutan itu, beberapa warganet mengucapkan tahniah atas kejayaan Dr Farah Shaheera sekali gus dilihat mengharumkan nama negara kerana berjaya menyelesaikan masalah ini di peringkat global.
Warganet dikenali Loki memetik nama Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk menggunakan hijab steril pakai buang ini kerana ia mulai mudah didapati.
Selain itu, warganet dikenali Umm e Ali berkata, beliau pernah berdebat dengan penyelianya di hospital tentera di Rawalpindi, Pakistan untuk menanggalkan lengan bajunya walaupun ia sudah di steril dan dibasuh.
“MashaAllah semoga Allah memberi ganjaran kepadanya,” katanya.
Manakala warganet dengan nama living mengucapkan tahniah mewakili semua rakyat Malaysia.
BACA:
Sampai basah Shila Amzah main air atas pentas GV, penonton perasan sesuatu pula
Kerajaan Perak bergolak lagi, MB dedah PN curi 4 Adun BN
Hadi Awang dikecam guna kiasan World Cup- “menang dah tapi pengadil tambah masa kecederaan”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio