Sampai basah Shila Amzah main air atas pentas GV, penonton perasan sesuatu pula

Sampai basah Shila Amzah main air atas pentas GV, penonton perasan sesuatu pula

Sampai basah Shila Amzah main air atas pentas GV, penonton perasan sesuatu pula. Penyanyi Shila Amzah tampil berani dengan aksi memukau apabila membuat persembahan dalam takungan air buatan di atas pentas akhir konsert Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Tampil menyanyikan lagu Tak Ada Logika nyanyian asal Agnes Monica, shila, 32, membuatkan pentas basah apabila menari atas takungan air sehingga terpercik.

Tanpa mempedulikan busana yang dipakainya basah, Shila terus menangkap tumpuan penonton dengan mempamerkan aksi persembahan bertenaga menerusi lagu kedua berjudul Secret Love Song.

Walaupun menampilkan persembahan unik dan bertenaga, rata-rata netizen dalam Twitter beranggapan bahawa penyanyi itu tersalah membuat percaturan sehingga mengganggu tumpuannya ketika menyanyi.

“Persembahan Shila hancur,” kata seorang netizen.

Sampai basah Shila Amzah main air atas pentas GV, penonton perasan sesuatu pula

“Sayangnya rasa tak stabil persembahan Shila,” ujar seorang lagi pengguna Twitter.

BACA:

Kerajaan Perak bergolak lagi, MB dedah PN curi 4 Adun BN

Hadi Awang dikecam guna kiasan World Cup- “menang dah tapi pengadil tambah masa kecederaan”

Pengambilan besar-besaran jawatan pembantu tadbir seluruh negara

CATEGORIES