Bagaimana ya kehidupan di Korea Utara? Ini 15 fakta seram mengenainya, no.4 tu meremang bulu roma.
Jika disebutkan nama negara Korea Utara, pastinya ramai yang memikirkan perkara-perkara pelik kerana negara ini sememangnya lain daripada yang lain.
Korea Utara enggan mengikut peredaran masa dan lebih tepat lagi tidak mahu negaranya “dijajah” secara halus oleh kuasa-kuasa Barat.
Oleh itu, negara ini menjadi agak asing bagi dunia luar. iluminasi.com ingin kongsikan 15 fakta pelik dan menarik mengenai Korea Utara.
1. Penggunaan kalendar Juche
Jika sekarang adalah tahun 2018 di seluruh dunia, namun ia tidak begitu di Korea Utara. Korea Utara tidak menggunakan kalendar Gregori yang juga dikenali sebagai kalendar Barat dan juga kalendar Kristian.
Negara ini mempunyai kalendar sendiri yang dinamakan kalendar Juche. Ia mula diperkenalkan dan digunakan pada tahun 1997, di mana kalendar ini berdasarkan tarikh lahir Kim Il-Sung, datuk kepada Kim Jong-un iaitu pada 15 April 1912.
Menurut kalendar Juche, tahun 2018 adalah tahun ke-107 di Korea Utara.
2. Zon waktu sendiri
Seperti kalendar, Korea Utara juga mempunyai zon masa sendiri dengan mengubah waktunya kurang 30 minit bagi menandakan ulangtahun ke-70 pembebasan dari pemerintahan Jepun.
Ia digunapakai bermula tahun 2015, yang mengubah kembali waktunya kepada waktu asal sebelum pendudukan Jepun, yang dipanggil sebagai “Pyongyang Time”.
3. Tiada Coca-Cola
Jika anda menggemari minuman berkarbonat paling popular di dunia iaitu Coke, rakyat Korea Utara langsung tak berpeluang merasai kenikmatan air bergas ini. Korea Utara merupakan antara salah satu daripada 2 buah negara di dunia yang tidak mempunyai minuman ini.
Sebuah negara lagi adalah Cuba.
4. Gaya rambut terhad
Agak menarik, bukan sahaja undang-undang besar seperti tidak dibenarkan keluar negara tanpa izin ditentukan oleh Supreme Leader Kim Jong-un, malah undang-undang remeh seperti gaya rambut juga perlu mendapatkan persetujuan beliau.
Hanya 28 gaya rambut sahaja yang dibenarkan untuk dipilih oleh rakyat Korea Utara. 18 daripada gaya tersebut adalah untuk wanita dan baki 10 untuk lelaki. Mana satu pilihan anda?
5. Najis manusia digunakan
Jika di Malaysia, najis manusia dianggap sangat hina dan tidak mempunyai apa-apa kegunaan serta dibuang begitu sahaja. Namun di Korea Utara, ia menjadi satu sumber kegunaan yang penting.
Disebabkan kekurangan sumber, Korea Utara terpaksa menggunakan najis manusia sebagai baja dan menjadi produk yang mempunyai permintaan tinggi oleh rakyatnya. Mungkin anda boleh mulakan bisnes tahi di Korea Utara?
6. Stadium terbesar di dunia
Ramai orang memandang remeh prasarana di Korea Utara, namun negara ini mempunyai stadium yang terbesar di dunia. Stadium Santiago Bernabeu milik Real Madrid yang mampu menampung 81,044 pengunjung sudah dianggap sebagai stadium yang besar.
Stadium kebanggan rakyat Malaysia di Bukit Jalil pula mampu menampung seramai 87,411 pengunjung. Malah, stadium kedua terbesar di dunia iaitu Camp Nou di Barcelona mampu menampung seramai 99,354 pengunjung.
Mana-mana stadium di atas tak mampu menyaingi stadium yang diberi nama Stadium Rungrado May yang terletak di Pyongyang. Stadium yang siap pada tahun 1989 ini mampu menampung 150,000 pengunjung dan digunakan untuk bola sepak, olahraga dan permainan atau sukan besar-besaran.
7. Ganja tidak diharamkan
Kebanyakan negara di dunia ini mengganggap ganja sebagai dadah dan mengharamkan penggunaanya secara peribadi. Namun, di Korea Selatan, bahan ini tidak dikategorikan sebagai dadah dan “halal” bagi mereka. Agak pelik kerana Korea Utara merupakan sebuah negara yang sangat tegas.
Mungkin Korea Utara syurga bagi penghisap ganja namun rakyat mereka sendiri tidak mampu untuk membeli “barang” ini.
8. Hampir tak ada lampu isyarat
Walaupun terdapat beberapa lampu isyarat, kebanyakan daripadanya dilaporkan tak berfungsi dan digantikan dengan pihak polis mengawal lalu lintas. Disebabkan tahap kehidupan di Korea Utara yang tersangat rendah dan majoriti rakyatnya sangat miskin, mereka tidak mampu untuk memiliki kereta.
Ini membuatkan trafik di jalan raya sangat lengang dan menyebabkan lampu-lampu isyarat tiada fungsi. Mungkin sebab itu lampu-lampu ini tidak lagi digunakan. Malah, jumlah jarak jalan raya di Korea Utara adalah 25,554 kilometer, dan hanya 724 kilometer sahaja yang diturap.
9. Kapal tentera laut Amerika Syarikat di Pyongyang
Sebuah kapal tentera laut Amerika Syarikat yang dirampas pada tahun 1968, USS Pueblo kini menjadi tarikan pelancong di Pyongyang. Kapal itu dijadikan muzium dan dibuka pada ulangtahun ke-60 gencatan senjata yang menamatkan Perang Korea.
Korea Utara merupakan satu-satunya negara yang berjaya menahan dan menyimpan kapal tentera laut Amerika Syarikat setakat ini. Dahsyat kan?
10. Penyeludupan keluar dari negara
Menurut sejarah dan statistik, hanya 2 orang rakyat Korea Selatan sahaja yang berpindah ke Korea Utara, manakala lebih daripada 23,000 rakyat Korea Utara telah menyeludup keluar dalam tempoh 60 tahun yang lalu.
11. Korea Utara vs Sweden
Pada tahun 1974, datuk Kim Jong-un iaitu Kim Il-Sung telah menipu Sweden dalam satu transaksi yang melibatkan 1,000 buah unit kereta Volvo 144. Kim Il-sung tidak pernah membuat pembayaran sehingga kini.
Jumlah hutang Korea Utara terhadap Sweden dianggarkan sebanyak RM1.435 bilion disebabkan penipuan ini.
12. Sistem operasi komputer sendiri
Komputer di Korea Utara mempunyai sistem operasi yang tersendiri. Mereka menggunakan “Red Star OS” yang hanya ditawarkan dalam bahasa Korea sahaja.
13. “Pilihan raya” Korea Utara
Sama seperti di Malaysia, setiap 5 tahun Korea Utara akan mengadakan “pilihan raya umum”. Namun, ia agak berbeza daripada pilihan raya yang lain di mana kertas undian yang diedarkan hanya mempunyai satu pilihan calon.
Pada masa kini, satu-satunya calon tersebut adalah Kim Jong-un, dan beliau menerima undi 100%.
14. Upacara ulangtahun hari lahir 8 Julai dan 17 Disember
Ia menjadi satu upacara di Korea Utara di mana rakyatnya yang lahir pada 8 Julai dan 17 Disember, tidak meraikan ulang tahun kelahiran mereka. Ini adalah kerana kedua-dua diktator sebelum ini iaitu Kim Il-sung dan Kim Jong-il meninggal dunia pada tarikh-tarikh ini.
15. Saluran TV
Penerimaan maklumat adalah salah satu hak rakyat Korea Utara yang ditidakkan oleh pemimpin mereka. Bukan sahaja mereka tidak dibenarkan sesuka hati melayari internet yang hanya ada di tempat-tempat tertentu, malah Korea Utara hanya mempunyai 3 saluran TV.
Lebih teruk, 2 daripada saluran TV ini haya ditayangkan pada hujung minggu. Disebabkan ini, rancangan-rancangan Korea Selatan diseludup masuk untuk tujuan hiburan.
BACA:
Huru-hara buaya besar dalam rumah sekali bila polis muncul lain pula yang jadi