Baby Shima bergelek di tengah jalan buat ‘content’, sekali benda lain netizen perasan

Oleh INFORAKYAT

Baby Shima bergelek di tengah jalan buat ‘content’, sekali benda lain netizen perasan. Penyanyi Baby Shima sekali lagi curi perhatian netizen apabila dia memuat naik sepotong video yang mempamerkan dirinya menyeberang jalan di hadapan menara berkembar KLCC.

Bukan sahaja berjalan dengan cara yang normal, Baby Shima dilihat berhenti seketika dan bergelek di tengah tempat melintas pejalan-pejalan kaki sebelum video tersebut dihentikan rakamannya. Menerusi ruangan kapsyen pada video yang sama, Baby Shima menulis: “Bergoy4ng (bergele3k) sebab kereta tak nak beri lalu,” tulisnya.

Difahamkan, Baby Shima berbuat demikian kerana mengambil inspirasi daripada Citayam Fashion Week yang kini sedang viral di Indonesia.

Menerusi ruangan komen, ada segelintir netizen Malaysia mengkritik dan meninggalkan respons yang kurang elok terhadap penyanyi lagu Lalai itu. Begitupun, lain pula tanggapan peminatnya yang berada di Indonesia.

Di ruangan komen, seorang wargamaya dari Indonesia menulis: “Hidup di Malaysia ment4l mu sekuat itu? Luar biasa.”

Baby Shima bergelek di tengah jalan buat 'content', sekali benda lain netizen perasan

Kenyataan tersebut disambut oleh seorang lagi peminat dengan menulis: “Mak Cik Bawang di sana mulvtnya sangat menge3rikan ya kan?”

Tidak kurang, ada juga yang menganggap Baby Shima mirip dengan seorang selebriti dari Indonesia: “Baby Shima kalau di Malaysia seperti Nikita Mirzani, cuma versi lebih lembut.”

BACA:

Tengku Zafrul kini Bendahari BN Selangor

Bekas MB Selangor meninggal dunia

Pak cik Shell kongsi rahsia waktu terbaik isi minyak, pagi atau malam?