Bekas MB Selangor meninggal dunia

Bekas MB Selangor meninggal dunia

Bekas MB Selangor meninggal dunia. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 11.08 malam di samping ahli keluarganya.

Difahamkan, Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April lalu akibat jangkitan pada injap jantung.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan empat orang anak.

Jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara untuk dimandi, dikafan dan disembahyangkan.

Bekas MB Selangor meninggal dunia

Dijadualkan jenazah akan dibawa ke Masjid Negeri Shah Alam bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor memberikan penghormatan terakhir dan melakukan solat jenazah.

Allahyarham Abdul Khalid dijadual akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam atas titah dan limpah kurnia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

BACA:

Pak cik Shell kongsi rahsia waktu terbaik isi minyak, pagi atau malam?

Wanita tiba-tiba jatuh dalam lubang benam panas, ngeri tengok

‘Asal nak meminang je, tup-tup terus jadi isteri’

CATEGORIES