Anak Rosmah yang ‘terbuang’ kenang kembali sisi gelap ibunya, “bomoh sentiasa ada di rumah”

Oleh INFORAKYAT

Anak Rosmah yang ‘terbuang’ kenang kembali sisi gelap ibunya, “bomoh sentiasa ada di rumah”. Selepas tumbangnya kerajaan Barisan Nasional dan digantikan dengan Pakatan Harapan 9 Mei lalu, satu persatu berita keluar daripada mereka yang dah lama pendam rasa. Antara kenyataan yang paling berani ialah daripada Datuk Fazley dan isterinya, Azrene Ahmad!

Bagi yang masih tak tahu, isteri chef selebriti, Datuk Fazley merupakan anak kandung kepada isteri bekas PM ke-6 iaitu Rosmah Mansor. Menerusi posting Instagram semalam, Azrene telah meluahkan segala yang terbuku di hatinya dan ini yang kami dapat rangkumkan buat anda semua:

Azrene didera secara emosi, fizikal dan mental oleh Rosmah

Anak Rosmah yang 'terbuang' kenang kembali sisi gelap ibunya, "bomoh sentiasa ada di rumah"

Hari ini menandakan berakhirnya era kezaliman yang ramai telah doakan. Saya dibesarkan oleh kedua-dua individu ini, menyayangi mereka dan menghormati mereka. Terdapat masa di mana saya sanggup berjalan di atas bara api dan pertahankan mereka.

“Semakin saya membesar, saya melihat sifat mementingkan diri dan keserakahan mereka. Saya mengalami penderaan emosi, fizikal dan mental secara langsung di tangan orang di sebelah kiri (Rosmah). Saya menyaksikan perkara yang sama dilakukannya ke atas orang di sebelah kanan (Najib),” katanya.

Tidak cukup dengan tu, Azrene jugak pernah lihat Najib buat ‘perjanjian sulit’ dengan pegawai kerajaan demi kepentingan mereka sendiri.

Anak Rosmah yang 'terbuang' kenang kembali sisi gelap ibunya, "bomoh sentiasa ada di rumah"

“Saya menyaksikan tawaran sampingan yang dibuat secara rahsia oleh orang di sebelah kanan (Najib). Jumlah wang dalam beg bimbit dibelanjakan seperti air bukan untuk kepentingan rakyat tetapi dibelanjakan untuk barang kemas, penyuapan pegawai dan digunakan untuk mendapatkan lebih banyak kuasa.”

 Rosmah dan Najib guna dukun dan bomoh untuk kekal berkuasa

Anak Rosmah yang 'terbuang' kenang kembali sisi gelap ibunya, "bomoh sentiasa ada di rumah"

“Bomoh, ahli sihir, doktor estetik dan sebagainya sentiasa berada di rumah saya atas sebab yang berlainan tetapi kebanyakannya untuk mendapatkan kekuasaan ke atas rakan dan ahli keluarga mereka, bahkan untuk membahayakan mereka yang berani untuk jatuhkan mereka.

“Banyak akaun luar negara dibuka untuk salurkan wang ke luar negara demi perbelanjaan peribadi mereka. Peti besi penuh dengan barang kemas, batu permata dan wang tunai yang dipungut. Mereka bawa wang tunai dan kalung kristal secara senyap-senyap ke dalam dan luar negara,” katanya.

Najib dan Rosmah nak ‘jual’ Azrene kepada pemimpin berpengaruh

Anak Rosmah yang 'terbuang' kenang kembali sisi gelap ibunya, "bomoh sentiasa ada di rumah"

“Mereka cuba jual saya berkali-kali untuk berkahwin dengan pembida tertinggi, bahkan orang yang mempunyai kedudukan tertinggi yang akan bantu mereka peroleh kelebihan politik dan sosial. Keserakahan, keseronokan dan kebanggaan yang tumbuh dalam setiap langkah semakin dekatkan mereka kepada kedudukan atas.

“Saya tak dapat halang kerakusan mereka namun saya tetap bersama mereka atas dasar kesetiaan. Apabila saya mula jadi mangsa kerakusan dan terlalu berat untuk dipikul, saya memutuskan untuk pergi. Oleh itu, saya dibuang daripada keluarga malang ini,” kata Azrene penuh emosi.

Azrene kahwin Datuk Fazley dan lebih banyak dugaan menimpa

Anak Rosmah yang 'terbuang' kenang kembali sisi gelap ibunya, "bomoh sentiasa ada di rumah"

“Hari saya meninggalkan rumah, saya beri amaran kepada kamu (Rosmah), individu yang terpilih untuk berkhidmat adalah atas kehendak rakyat. Mereka perlu berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya.”

Akan tiba satu hari nanti orang menghukum kamu di atas segala kesalahan yang telah dilakukan terhadap mereka. Akan tiba juga masa Tuhan akan menghukum kamu atas keingkaran yang dilakukan,” katanya lagi.

‘Semoga Tuhan memberi belas kasihan ke atas hati hitam kamu!’ 

Anak Rosmah yang 'terbuang' kenang kembali sisi gelap ibunya, "bomoh sentiasa ada di rumah"

“Hari ini saya ingin berikan sedikit mesej kepada kamu berdua, adik beradik sedarah yang terlibat dalam skandal ini. Kepada sesiapa yang berkolaborasi dalam konspirasi sehingga sanggup gadai nyawa orang tak bersalah hanya kerana wang tunai, Tuhan telah memakbulkan doa rakyat dan keluarga saya! Akhirnya kamu telah dibuang keluar!

“Sebagai salah seorang darah daging dalam keluarga ini, saya harap kamu belajar dari pengalaman ini dan bertaubatlah dan kembali ke jalan yang benar. Semoga Allah memberi belas kasihan ke atas hati hitam kamu. Hanya dia Maha Mengetahui dan Maha Pengampun!” kata Azrene mengakhiri statusnya.

Sungguhpun ramai netizen yang mengutuk tindakan Azrene buka cerita buruk pasal emaknya sendiri, ramai jugak yang setuju bahawa Azrene kini ada hak untuk bersuara dan ceritakan hal sebenarnya sebab dah terlalu lama perkara ni terbuku dalam hati.

Apa-apapun kami harap kalau betullah apa yang dikatakan Azrene dan Fazley mengenai pihak ‘di sana’, moga-moga mereka ni bertaubat dan mengakui kesalahan yang dah mereka lakukan. Semoga ada sinar untuk anak beranak ni berbaik-baik semula di masa hadapan.

BACA LAGI:

Kereta tak bergerak pun tapi terima saman, bingung wanita ni

Dakwaan layanan istimewa untuk Najib, ini respon Jabatan Penjara

Saya dah buntu nak nasihatkan dia – Azhar Sulaiman makin pening dengan Leona