Saya dah buntu nak nasihatkan dia – Azhar Sulaiman makin pening dengan Leona

Saya dah buntu nak nasihatkan dia Azhar Sulaiman makin pening dengan Leona

Saya dah buntu nak nasihatkan dia – Azhar Sulaiman makin pening dengan Leona. Aktor terkenal, Azhar Sulaiman mengakui sudah buntu untuk menasihati anak perempuannya Kasih Iris Leona yang sering mencetuskan kontroversi sehingga menerima kecaman netizen.

Menerusi sebuah posting di laman Instagram, aktor berusia 51 tahun itu bercerita mengenai perkara tersebut bersama rakan pelakon Aida Aris yang diterjemah dalam bentuk dialog.

Aida berkata, gadis berusia 20 tahun itu sedang melalui fasa populariti sekali gus meminta Azhar supaya menasihati anaknya dalam soal menjaga batas pergaulan dan pemakaian.

“Yaa hari-hari dia buat saya panas bontot. Dah (nasihat) tapi tak lut… Makin cakap makin menjadi,” jawab Azhar.

Selain itu, Aida turut memberi cadangan supaya Azhar menggunakan kehebatnya sebagai aktor untuk melembutkan hati Leona.

Saya dah buntu nak nasihatkan dia - Azhar Sulaiman makin pening dengan Leona

“Kau cubalah slow talk dengan dia. Kau berlakonlah sedih sikit and cakap sampai hati you buat kat Daddy macam ni. Gunakan skil lakonan kau tu untuk pujuk dia,” kata Aida.

“Hmmmmm mana mau nyer kang dia cakap balik…. ‘adakah awak sedang berlakon dengan saya sekarang?’ Penat!,” balas Azhar.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut aktor drama Di Sebalik Kasyaf itu terhibur dengan perbualan tersebut dan berharap dia terus tabah dalam mendidik anak-anak.

Menurut netizen, tiada ibu bapa akan membiarkan anak-anak mereka melanggar ajaran agama tetapi sudah pasti sehabis baik untuk memberikan ilmu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Leona (@kasihirisleona)

Doa senjata paling kuat

Dia akan matang sendiri

Tabah la ya, moga dia lembut hati

Untuk rekod, Azhar berkahwin dengan Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Kasih Leia Ixora selain pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Leona.

BACA:

Shafee kembali jadi peguam Najib, mohon sehari untuk sedia hujah gugur Tengku Maimun

Najib mohon Ketua Hakim Negara digugurkan

Makcik cleaner Masjid Negara sembang bahasa Jepun dengan delegasi luar, siap pegang mop

 

CATEGORIES