Anak Presiden kena tembak di kepala. Anak lelaki bekas Presiden Honduras Porfirio Lobo Sosa, bersama tiga lagi lelaki maut ditembak di sini awal Khamis, menurut Polis Honduras.
Rakaman video yang dikeluarkan pihak media memaparkan lelaki bersenjata yang lengkap berpakaian seperti anggota polis telah menarik keempat-empat mangsa keluar dari sebuah kereta dan memaksa mereka berbaris menghadap dinding sebelum menembak kepala mereka.
Kejadian berlaku pada jam dua pagi waktu tempatan (0800 GMT) di tempat letak kereta bangunan Torre Morazan, lapor media tempatan.
Mereka yang terbunuh ialah Said Omar Lobo Bonilla, anak lelaki Lobo Sosa, Luis Zelaya, anak saudara Jeneral Romeo Vasquez yang telah bersara.
Bekas presiden Honduras, yang memegang jawatan dari 2010 hingga 2014, menggelar penyerang sebagai “pembunuh terlatih.”
Seorang lagi anak lelakinya yang berada dalam kenderaan lain tidak diapa-apakan.
BACA:
Presiden Bank Dunia sahkan dunia di ambang kemelesetan ekonomi
“Presiden Negara paling hebat di Eropah pun naik pesawat tambang murah keluar negara”
Presiden Turkmenistan mahu tutup ‘Mulut Neraka’ buat selama-lamanya
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio