Presiden Bank Dunia sahkan dunia di ambang kemelesetan ekonomi

Presiden Bank Dunia sahkan dunia di ambang kemelesetan ekonomi

Presiden Bank Dunia sahkan dunia di ambang kemelesetan ekonomi. Presiden Bank Dunia, David Malpass memberi amaran bahawa pencerobohan Rusia ke atas Ukraine boleh menyebabkan kemelesetan ekonomi dunia apabila harga makanan, tenaga dan baja melonjak, lapor Badan Penyiaran British (BBC) kelmarin.

Bercakap dalam satu acara perniagaan Amerika Syarikat (AS) secara online pada Rabu lalu, beliau berkata, sukar untuk dunia mengelak kemelesetan daripada berlaku berdasarkan situasi semasa.

Katanya, siri perintah berkurung Covid-19 di China baru-baru ini menambahkan lagi kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi dunia.

Komen Malpass adalah amaran terbaharu mengenai peningkatan risiko bahawa ekonomi dunia akan menguncup dan mengalami zaman kegelapan tidak lama lagi.

“Menyaksikan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global sekarang pula, sukar untuk kita melihat bagaimana masyarakat dunia dapat mengelak kemelesetan dari­pada berlaku.

Presiden Bank Dunia sahkan dunia di ambang kemelesetan ekonomi

“Situasi di mana harga tenaga meningkat dua kali ganda sudah cukup mencetuskan tanda awal kemelesetan ekonomi,” tambah Malpass.

Bulan lalu, Bank Dunia mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya untuk tahun ini kepada hampir mata peratusan penuh kepada 3.2 peratus

KDNK adalah ukuran pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Ia adalah antara kaedah paling penting untuk mengukur sejauh mana prestasi eko­no­mi, sama ada baik atau meru­­dum dan diawasi rapi oleh pakar-pakar ekonomi serta bank pusat.

Statistik itu membantu perniagaan menilai waktu sesuai untuk menambah pelaburan dan merekrut lebih ramai pekerja atau sebaliknya.

Kerajaan juga menggunakan KDNK sebagai kayu pengukur dasar dan segalanya dalam sektor ekonomi bermula daripada penetapan cukai hinggalah kepada perbelanjaan negara.

Ia juga menjadi ukuran di samping inflasi, untuk bank pusat mempertimbangkan sama ada perlu menaikkan atau menurunkan kadar faedah.

Malpass turut mendedahkan bahawa banyak negara Eropah yang masih terlalu bergantung kepada Rusia untuk bekalan m­inyak dan gas.

Pakar ekonomi itu juga membangkitkan kebimbangan me­ngenai perintah berkurung di beberapa bandar utama China termasuk hab kewangan dan perkapalannya, Shanghai yang mencetuskan kesan ketara ke atas ekonomi dunia.

“China telah pun mengalami penguncupan dalam sektor hartanah, jadi ramalan pertumbuhan China sebelum pencerobohan Rusia telah pun berkurangan dengan ketara untuk 2022,” jelas Malpass. – Agensi

BACA:

Dari wanita muslimah hingga digelar sundal, Sarah Hildebrand merajuk lari keluar Malaysia

Shafie Apdal dakwa Muhyiddin nak jadi PM sekali lagi, dedah Anwar turut sokong

Muncul di Billboard New York, Tokti luah perasaan tak puas hati

CATEGORIES