Anak Kak KM dah 8 bulan tak datang sekolah, cikgu sampai telefon minta hadir. Usahawan kontr0versi, Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli sememangnya tidak pernah lari dari g0sip walaupun bukanlah anak seni.
Walau bagaimanapun, usahawan itu tetap menjadi idola sesetengah peminatnya kerana merasakan dia merupakan sosok yang sangat rapat dengan keluarga termasuklah dengan anak-anak.
Jika ada yang mengikuti media sosial anak kepada pelakon senior Normah Damanhuri ini, pasti tahu yang dia gemar berkongsi momen kebersamaan dengan anak-anak di rumah ataupun di luar.
Namun begitu, menerusi perkongsian Kak KM baru-baru ini, dia telah memuat naik video keluhan apabila dihubungi oleh guru anaknya di awal pagi memintanya untuk hadir ke sekolah.
Menurut Kak KM, guru kepada anak ketiganya dikenali sebagai Rania memaklumkan yang remaja tersebut sudah 8 bulan tidak hadir ke sekolah sehingga usahawan berkenaan terpaksa bertemu dengan pihak pengurusan untuk membincangkan hal tersebut.
Disebabkan itu, Kak KM sebagai seorang ibu telah mengatakan akan memberikan hukumn kepada anaknya diatas kes4lahan terbabit sehingga dia dipanggil pihak sekolah.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan maklum balas dengan mengatakan perkara sebegitu sememangnya duga4n biasa buat ibu bapa yang mempunyai anak remaja.
Namun begitu ada juga yang pelik apabila Kak KM mengatakan anaknya sudah 8 bulan tidak hadir ke sekolah kerana kebiasaannya jika pelajar tidak hadir selama 3 hari berturut-turut tanpa sebab, sudah pasti surat am4ran telah diberikan.
BACA:
12 tabiat lelaki bila masuk usia 40-an yang perempuan wajib tahu
Pakar MET dedah tiga hari akan datang waktu sangat kritikal
Pangsapuri ‘mini Hong Kong’ di Cheras dilelong dengan harga RM423,000 tapi projek belum siap