Aksi lelaki lena tidur atas motosikal parking tengah jalan jadi tular

Oleh INFORAKYAT

Aksi lelaki lena tidur atas motosikal parking tengah jalan jadi tular. Sebuah video tular di media sosial Thailand memaparkan beberapa lelaki cuba mengejutkan seorang penunggang motosikal yang tidur nyenyak di atas kenderaannya di tengah jalan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Berdasarkan video dimuat naik dalam sebuah kumpulan perbincangan Facebook, penunggang motosikal itu dilihat tidur dengan amat nyenyak dengan keadaan mulutnya ternganga luas.

“Bangun. Adakah anda sedar anda sedang tidur di tengah jalan? Tolong bangun,” kata kumpulan lelaki berkenaan ketika mengejutkan penunggang tersebut.

Dia kemudian terjaga dari tidur dan kelihatan keliru. Menurut lelaki tersebut, dia tidak berada dalam keadaan mabuk dan menunjukkan isyarat dua jari bagi menandakan keadaannya baik.

Dia kemudian meminta salah seorang daripada lelaki yang mengejutkannya agar menghantarnya pulang kerana berasa tidak berdaya lagi untuk menunggang motosikal.

Aksi lelaki lena tidur atas motosikal parking tengah jalan jadi tular

Lokasi kejadian tidak dinyatakan namun, ia tidak kelihatan seperti jalan yang sibuk di kota raya seperti Bangkok.

BACA:

Kazim Elias antara 16 ustaz dilarang ceramah di Pulau Pinang

Untung bank makin meningkat dengan kenaikan OPR

Fasha Sandha buka mulut cerita pernah kerja cuci pinggan, upah RM6 satu malam