Untung bank makin meningkat dengan kenaikan OPR

Untung bank makin meningkat dengan kenaikan OPR

Untung bank makin meningkat dengan kenaikan OPR. Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dalam mengawal inflasi, meskipun mengakibatkan kenaikan kos pinjaman kepada pengguna dan korporat, namun ia dijangka memberi kesan positif kepada keuntungan bank.

Penganalisis Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Chan Jit Hoong, berkata berdasarkan analisis, setiap kenaikan 25 mata asas kadar faedah akan meningkatkan margin faedah bersih (NIM) bank sebanyak lima hingga enam mata asas.

Beliau berkata, margin yang lebih positif itu akan meningkatkan unjuran pendapatan sebanyak empat hingga lima peratus pada asas satu tahun penuh tanpa mengambil kira potensi kerugian pasaran ke pasaran dan faktor lain.

Katanya, antara bank yang akan mendapat manfaat besar daripada kenaikan OPR ini adalah Alliance Bank Malaysia Bhd dan BIMB Holdings Bhd manakala Affin Bank dan Public Bank bersedia untuk mendapat paling sedikit.

“Di sini kami mengandaikan kenaikan kadar 25 mata asas simetri untuk pinjaman boleh ubah dan deposit bukan CASA manakala semua faktor lain adalah tetap.

Untung bank makin meningkat dengan kenaikan OPR

“Selain itu, kami menggunakan angka kumpulan dalam analisis kami. Oleh itu, bagi bank yang mempunyai jumlah perniagaan yang besar di luar negara seperti Maybank dan CIMB Group, keuntungan sebenar mungkin lebih rendah berbanding pengiraan,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) semalam membuat keputusan untuk sekali lagi menaikkan OPRsebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus pada mesyuarat kali terakhirnya bagi tahun ini.

Ia adalah kenaikan kali keempat berturut-turut tahun ini bermula Mei, Julai dan September lalu, dengan masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.50 peratus berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Berikutan kenaikan terbaharu itu, jajaran kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut dinaikkan masing-masing kepada 3.00 peratus dan 2.50 peratus.

BACA:

BNM naikkan OPR lagi bulan hadapan

Tengku Zafrul tegaskan OPR naik beri manfaat kepada M40, tak bebankan peminjam

Terkini : BNM naikkan OPR kepada 2 Peratus

CATEGORIES