‘Darjah 6 dah cantik macam gini..” – Sekolah beri amaran kepada muridnya buat part time kerja model. Setiap sekolah pasti ada peraturan tersendiri, namun sebuah sekolah di Thailand menarik perhatian setelah memberi amaran kepada pelajarnya kerana menjadi model.
Bukan sekadar menjadi model biasa, pelajar perempuan yang baru berusia 12 tahun itu mengenakan tata rias dan baju pengantin.
Dia dikatakan menjadi model buat studio perkahwinan milik keluarganya lapor Thaiger.
Disebabkan itu, pelajar tersebut dikatakan telah menerima surat amaran daripada pihak sekolah.
Pemilik Nong Mee Wedding Studio di tengah wilayah Lopburi, berkongsi gambar adik perempuannya serta surat amaran sekolah yang diterima di laman Facebook.
“Saya ingin memohon maaf kepada Sekolah Chai Badarn Pitthayakom jika menjadi model untuk studio perkahwinan melanggar peraturan sekolah.
“Adik saya tidak berkahwin. Dia hanya seorang model. Kami sekeluarga dan tinggal serumah,” tulisnya pada hantaran tersebut.
Surat amaran itu menyatakan bahawa pelajar sekolah darjah 6 bernama Parewa Pholdee melanggar peraturan sekolah dengan memakai solekan dan pakaian pengantin perempuan.
Ia menyebabkan salah faham kerana pihak sekolah menyangka Parewa sudah berkahwin.
Tidak mahu memanjangkan salah faham, Parewa menandatangani dokumen untuk mengakui kesalahannya.
Pengarah sekolah dan guru pentadbiran juga menandatangani dokumen itu untuk mengesahkan bahawa gadis tersebut mengakui kesalahannya.
BACA:
Anak content creator Nengok TV jadi tular selepas lukisannya di lantai dapat jutaan penonton