‘Sedekah’ di luar musim buka sekolah dan waktu banjir

‘Sedekah’ di luar musim buka sekolah dan waktu banjir

‘Sedekah’ di luar musim buka sekolah dan waktu banjir. Dalam tempoh kempen PRU15 yang lalu, telah kelihatan luar biasa banyak wang telah diberi kepada pengundi di Terengganu.

2. Dimaklumkan antara RM300 dan RM600 adalah tawaran kepada pengundi di Terengganu.

3. Apabila dilaporkan pula beratus billion ringgit wang kerajaan tidak dapat dikesan semasa tempoh darurat semasa Covid 19, orang ramai terus membuat perbagai andaian.

4. Laporan polis oleh UMNO Terengganu, yang diketuai oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Dato Ahmad Said, tentang berlakunya rasuah secara meluas semasa PRU 15 di Terengganu tidaklah menghairankan kami.

5. Yang menghairankan kami adalah terlibatnya PAS yang selama ini mendakwa diri pejuang Islam dikaitkan dengan perbuatan tersebut secara meluas.

6. Video video pihak tertentu memberi wang kepada pengundi dengan janji “ikrar” akan mengundi parti tertentu yang tersebar menguatkan lagi tuduhan tersebut.

7. UMNO Terengganu telahpun mengambil tindakan mahkamah.

'Sedekah' di luar musim buka sekolah dan waktu banjir

8. Yang memeranjatkan kami juga adalah kenyataan Presiden PAS yang menyebut, tiada salah nya memberi wang “sedekah” semasa tempoh kempen PRU 15.

9. Kalaupun ‘sedekah’ wang tersebut tidak salah dari sudut undang undang dunia sekalipun, bukankah ia salah secara sudut moral apakan lagi dari nilai murni Islam.

10. Bekas timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya, Dato Wan Ahmad, melalui kenyataan akhbar telah menyatakan perbuatan pemberian wang pada tempoh kempen PRU yang dilaporkan adalah satu ‘sogokan,’ dan perbuatan ‘membeli undi’.

11. Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Dato Hamzah Zainuddin, pula menyatakan salah atau tidak perbuatan pemberian wang itu bergantung atas ‘niat’ yang berkait dengan perbuatan tersebut.

12. Kalau Tan Seri Hadi Awang menyifatkan pemberian itu ‘sedekah” dan Hamzah pula mengatakan ia bergantung pada ‘niat’, nampaknya logik yang agak tersasar ini bergantung pada ‘niat sedekah’ yang hanya Majlis Fatwa Kebangsaan boleh menentukan !

13. Tidak kan lah Majlis Fatwa kebangsaan perlu bertugas setiap pilihanraya !

14. Mengapakah pihak pihak berkenaan berilham dan memilih untuk bermurah hati untuk ‘bersedekah’ pada bulan November semasa kempen pilihanraya ?

15. Bukankah waktu rakyat perlu bantuan ‘sedekah’ adalah sebelum buka sekolah dan tahun baru sekolah buka adalah bulan Mac 2023 dan bukan November 2022.

16. Waktu bantuan ‘sedekah’ juga diperlukan selepas banjir melanda Terengganu yang hanya berlaku pada pertengahan bulan Disember dan bukan lebih awal pada awal November apabila ‘sedekah’ di beri secara meluas pada pengundi !

17. Perlu ingat kerajaan Perikatan Nasional mendakwa mereka sebagai kerajaan yang bersih dan sempurna, seolah maksum tetapi mengapa sogokkan begitu berleluasa seperti tidak pernah dilihat sebelumnya boleh berlaku di Negeri Terengganu pada PRU 15 ?

18. Kenapakah ‘sedekah’ berlaku di luar musim buka sekolah dan sebelum musim banjir berlaku ?

19. Apakah ‘niat’ sebenar ‘sedekah’ di luar musim ini?

Raja Bahrin Shah.
Pengerusi Pakatan Harapan
Negeri Terengganu.

BACA:

Ustazah Siti Bahyah mengamuk MAS halang 16 keluarganya ‘check in’

Tarikh bayaran STR Fasa 2 dah official keluar

CATEGORIES