Ustazah Siti Bahyah mengamuk MAS halang 16 keluarganya ‘check in’. Nama penceeamah selebriti, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood sekali lagi mengegarkan ruang maya negara kita selepas berkongsikan kisah sedihnya menerusi satu hantaran FB yang dimuat naik sebentar tadi.
Menurutnya, kisah bermula apabila beliau berserta rombongan ahli keluarga seramai 16 orang termasuklah ibu mertuanya akan bertolak balik ke Kuala Lumpur selepas berada beberapa hari di Kelantan ataa urusan keluarga.
Seperti dijadualkan, tiket penerbangan pulang pada jam 6.30 petang. Namun ketika mahu melakukan proses ‘check in’, pada jam 5.20 petang, kaunter berkenaan telah pun tutup, sedangkan beliau dimaklumkan sebelum itu kaunter tersebut hanya akan ditutup pada jam 5.30 petang.
Lebih mendukacitakan, sebagai pelanggan setia syarikat penerbangan tersebut, beliau memohin jasa baik dan ihsan petugas agar diberi kebenaran melakukan proses ‘check in’, sementelah rombongannya disertai bayi, anak kecil dan warga emas yang berkerusi roda.
Namun sekali lagi beliau menerima jawapan menghampakan apabila rayuannya ditolak petugas kaunter tersebut, meskipun masa berlepas masih berbaki sejam lagi.
Tangkap layar page Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood
Perkongsian sedih itu mendapat reaksi pelbagai daripada pengguna media sosial. Malah ramai menganggap perkara tersebut merupakan kesilapan pihak ustazah kerana kelemahannya merancang dengan baik masa ‘check in’, tambahan pula dengan jumlah rombongan yang agak ramai.
Walaubagaimanapun, hantaran dibuat ustazah yang mendapat reaksi komen lebih 1 ribu pembaca itu didapati telah pun dipadamkan.
Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah sebelum ini pernah menggemparkan pengguna media sosial apabila membuat komen secara terbuka di FB miliknya tentang layanan buruk pihak bank terhadap aduannya
BACA: