“Dah ramai yang maki, cukuplah setakat ni saya tolong”

“Dah ramai yang maki, cukuplah setakat ni saya tolong”

“Dah ramai yang maki, cukuplah setakat ni saya tolong” Setelah lebih 10 bulan berbakti menolong menyelamatkan mangsa penipuan di luar negara, Sim Chon Siang meluahkan hasrat untu bersara daripada misi berbahaya itu.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini, beliau walau bagaimanapun gembira dapat membantu ramai mangsa terlibat.

“Cukuplah setakat ini sahaja saya sudah bantu bebas 92 mangsa tetapi ramai maki saya dengan pelbagai tohmahan jahat konon bersekongkol dengan sindiket itu pula,” katanya selepas menyambut kepulangan dua lagi mangsa jenayah penipuan itu dari Myanmar yang tiba di KLIA, di sini hari ini.

Chon Siang yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum dan Exco Kerajaan Pahang itu mula menawarkan perkhidmatan tersebut suku kedua tahun lepas susulan pendedahan Menteri Luar ketika itu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang melaporkan ratusan rakyat Malaysia menjadi ‘hamba’ moden di beberapa negara ASEAN.

Ramai belia dikesan menjadi mangsa dengan dikerah untuk menipu pelanggan di negara ini sebagai ‘scammer’ sama ada menerusi kaedah panggilan telefon atau secara talian.

Mengulas lanjut, Chon Siang berkata, beliau terlibat membebaskan mangsa setelah pintu sempadan negara dibuka pada 1 April 2022 lalu susulan peralihan fasa endemik Covid-19.

"Dah ramai yang maki, cukuplah setakat ni saya tolong"

“Walau bagaimanapun ramai yang tidak faham mendakwa konon saya memeras ugut pula keluarga mangsa dengan paksa mereka bayar mahal untuk misi tersebut,” katanya kesal.

Sedangkan ujar beliau, kos dikenakan itu untuk pembayaran kos penginapan sementara, makan minum, tiket penerbangan dan lain-lain yang bukan percuma di negara tersebut.

Bahkan ada keluarga terbabit yang beliau tidak mengenakan apa-apa bayaran setelah mengetahui mereka memang miskin dan beliau sendiri terpaksa menanggung segalanya.

Keadaan itu mengakibatkan Chon Sing mengakui kekurangan peruntukan namun mujur ada beberapa kerajaan negeri tampil menyalurkan dana khas atas dasar kemanusiaan.

Itupun beliau tetap tidak cukup ‘bajet’ dan terpaksa menggunakan duit gaji sendiri hingga habis setiap bulan yang banyak digunakan untuk berunding terus dengan pihak di sana.

Beliau memberi contoh kos minyak petrol kereta sahaja mencecah lebih RM1,000 bagi membawa mangsa dari sempadan Myanmar ke Bangkok dan pelbagai ‘upah’ sampingan.

“Mujur urusan konsular dokumentasi perjalanan mangsa dipermudahkan pihak Kedutaan Besar Malaysia dan terima kasih juga Polis Diraja Malaysia yang tolong saya,” jelasnya.

Chon Sing namun berharap baki empat lagi mangsa dengan kesemuanya remaja Melayu yang dibantu beliau akan tiba di tanah air selepas perayaan Tahun Baharu Cina nanti.

Pada masa sama, beliau tetap ralat dan berasa sedih kerana lima mangsa gagal dikesan serta dipercayai sudah lama mati disebabkan sakit atau teruk diseksa oleh sindiket itu.

BACA:

“Takut nanti awak yang lunyai..”, jawapan padu Sharnaaz Ahmad buat ramai yang setuju

Pelaburan makin mencanak naik bawah PMX, Intel pula nak labur RM30 Billion

CATEGORIES