‘Kita perolehi kemenangan pertama!’ – Terdiam isteri bila suami bidas balik lepas perang mulut soal kerja rumah. Setiap kali berbalah pasti akhirnya golongan perempuan sahaja yang akan menang. Mana tidaknya, kebiasaan lelaki akan cepat mengalah sebab malas mahu terus berlawan kata. Risau andai tersilap tutur bicara, mungkin ada pihak yang akan merajuk hingga tidak bertegur sapa kelak. Namun begitu, lain pula kisah yang terjadi dalam sebuah perkongsian di TikTok ini.
Suami tenang je bila bercakap dengan pasangan dia
Rakaman berdurasi lebih 1 minit ini memaparkan sepasang suami isteri sedang hangat membahaskan soal keperibadian golongan wanita yang dianggap sebagai complicated. Si suami dilihat tenang menjelaskan bahawa golongan lelaki hanya melakukan kerja di rumah berdasarkan apa yang diarahkan oleh pasangan.
Tambahnya lagi andai ada tugasan susulan yang perlu dilakukan, wanita berkenaan hendaklah memberitahu secara terperinci.
Patut aku stop je…Tak payah teruskan cakap
Disebabkan tidak mahu terus ‘dihentam’, si isteri kedengaran bersungguh-sungguh menafikan malah bagaikan tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Berkali-kali juga dia dilihat berusaha untuk menang dalam perdebatan berkenaan. Namun, wanita itu tidak menyedari telah terjerat dengan kata-kata sendiri dan akhirnya hanya mampu terdiam.
@10nanahermosa10Patut aku stop je! Tak payah terus kan bercakap 😭 menyesal berdebat 😓
Yeayyy kali ini lelaki pula menang…Sokong bro
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berasa bangga dan sempat ucapkan tahniah kerana lelaki berkenaan berjaya mematahkan hujah pasangannya. Dalam pada itu, golongan isteri turut mengadu kadang kala penat kerana terpaksa menerangkan satu persatu kerja andai ada tugasan untuk suami.
BACA:
Shopee terpaksa potong gaji pekerja, krisis ekonomi makin memuncak
Disangka gila main signal tengah jalan, abang lori ni rupanya bagi kod tersirat – “tq bang!”
Kos tak sampai RM100, netizen kongsi tempat menarik nak bawa anak bercuti