Bell Ngasri buat hal nyanyi lagu nasyid – “confius tak tahu nak gelak ke insaf, berdekah weh!”. Sebut sahaja nama Bell Ngasri, pastinya peminat akan terbayangkan jenaka spontannya yang selalu membuatkan semua orang tak kering gusi ketawa. Sekalipun Bell sudah berpuluh tahun berada dalam industri, namun populariti Bell masih kuat auranya sehingga kini.
Meninjau akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bell menyanyikan lagu nasyid berjudul Demi Masa. Dengan memakai serban dan berjubah putih, gelagat Bell membuatkan peminat terhibur.
Lagunya menginsafkan dan penuh dengan nasihat namun melihat reaksi wajah Bell terus bertukar menjadi kelakar. Entah apalah yang dicari oleh Bell sampai terbongkok-bongkok di bawah kerusi. Dengan telatah Bell menep0k-nep0k jam tangannya lagi, ini memang betul-betul demi masa lah Bell, hehe.
Memetik komen peminat, perlu tutup mata baru terasa keinsafan tu datang. Kalau menghayati sambil melihat pelbagai aksi yang dilakukan oleh Bell, terketawa jadinya. Bell oh Bell, penghibur hati peminat sungguh, h1lang stress tengok Bell.
Jom tonton video di bawah :
View this post on Instagram
Hampir 5000 tanda suka telah dicatatkan sejak posting ini dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Insaf tengok Bell, aku rasa banyak dosa aku dengan kau Bell haha. insof sambil ketawa ni. tq bell selalu menceriakan hari2 kami semua.. “
” Tak jd nk insaf kerana ada unsur humor di situ. Ehhh gel1 lak hati saya melihat telatah beliau. Menyes4l betul saya tengok ni haha.. “
” Lagu ni memang menyentuh kalbu tapi sebab abg bell nyanyi, feeling jadi lain.. huhu.. terima kasih abg bell.. kadang even jenaka ringkas anda menghiburkan hati yg lara.. “
” Sebab selalu tgk parodi itu lah susah rasa nak sed1h haha. Aduyai… Napa la bila tngk … pasti senyum sorg2.. “
” Try tak nak gelak tapi haha berdekah weh. Lagu sed1h tapi aku tergelak haha. Entah apa bnda kau cari tu Bell.. “
” Nak feel insaf tu tapi tergelak pulak… kena tukar la awak nye genre…. cuba dengar sambil tutup mata.. Kerana bila buka mata aku tak jadi insap.. Sbb bell tak pernah serius.. “
” Adoiii laaa… Nak insaf kena dgr sambil tutup mata, kalau buka tak jd nak insaf.. Sya1tan duk geletek ada la haha.. “
” Sedap suara bellngasriofficial . Tapi tak boleh lah nak dgr lagu ni sambil tgk muka dia. Rasa nak ketawa je. Teringat Barkoba.. “
Walaupun ada unsur humor, ada sesuatu yang ingin Bell sampaikan kepada semua menerusi lagu itu. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah dan buat Bell terus maju jaya dalam kerjaya serta murah rezeki selalu Bell.
BACA:
Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa ‘one to one’
Petua goreng ikan elak melekat di kuali, ahli kimia kongsi tips ini