Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa ‘one to one’

Bergaduh hangit Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa one to one

Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa ‘one to one’. Pelakon, Izreen Azminda yang sejak pagi tadi seakan ‘panas’ dengan seseorang nampaknya masih memuat naik beberapa hantaran di Insta Story seakan ditujukan kepada individu tersebut.

Dalam perkongsian terbarunya, dia dengan berani menyebut nama bekas madunya iaitu Intan Saleh yang turut sama berkongsi beberapa kenyataan di media sosial.

Berbalas kenyataan di IG story

Menerusi muat naiknya, pelakon drama berkenaan telah mengajak Intan atau nama sebenarnya Intan Liana Saleh untuk bertemu bagi menyelesaikan perbalahan antara mereka yang saling berbalas kenyataan di Insta Story.

“Kali ni meh la kita jumpa. Aku nak rekod sesiap supaya takdak plot twist cerita. Okay. Jom jumpa Intan Saleh. Ni aku ajak terus depan-depan. Bawa suami sekali Kita coffee-coffee. berani kerana benar,” tulisnya.

Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa 'one to one'

Beri amaran kepada Intan

Isteri kepada pemuzik, Ude Wahid itu juga mengatakan jika bekas madunya itu sudah move on pastinya tidak membuat hantaran yang menyentuh pihaknya terutama sekali di media sosial.

Jadi, dia memberi peringatan suapaya Intan tidak terus melakukan hal sebegitu kerana ia terlihat negatif dan boleh membuka aib sendiri.

Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa 'one to one'

Punca sebenar belum diketahui

Perkongsian tersebut susulan daripada luahan-luahan yang dibuat merujuk kepada Intan Saleh pada pagi tadi. Mereka juga saling berbalas kenyataan di Insta Story termasuklah Ude.

Walau bagaimanapun, punca utama mereka bertelagah masih tidak dapat dipastikan kerana masing-masing seakan menyebut perihal ‘aib’ dan tidak menyatakan hal sebenar.

Bergaduh hangit! Izreen Azminda ajak Intan Saleh jumpa 'one to one'

Untuk rekod, pelakon drama Ahli Mesyuarat Tingkat itu telah bernikah dengan Ude Wahid pada Ogos 2017 yang ketika itu sudah beristeri.

Walau bagaimanapun, Ude telah berpisah dengan bekas isterinya, Intan Liana Saleh pada 2018. Hasil perkahwinan pertama, dia telah dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

BACA JUGA : 

Bank dunia laung amaran ekonomi meleset dalam waktu terdekat

Gadis berhijab selamba tonggang arak jadi perhatian

Sharon Liew yang apikan perkauman di media sosial rupanya seorang lelaki melayu

CATEGORIES