Tarikh bantuan khas untuk orang kerja kerajaan diumum

Oleh INFORAKYAT

Tarikh bantuan khas untuk orang kerja kerajaan diumum. Bantuan Khas Kewangan 2023 untuk pegawai perkhidmatan awam dan pesara kerajaan akan dibayar pada 17 Januari depan.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam satu kenyataan berkata, bayaran Bantuan Khas RM700 akan dibayar kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 56 dan ke bawah.

Katanya, Bantuan Khas RM350 akan dibayar kepada pesara kerajaan yang sedang menerima pencen dan penerima pencen terbitan.

Turut menerima Bantuan Khas RM350 adalah pesara perkhidmatan awam Skim KWSP serta veteran berpencen dan tidak berpencen.

JPA memaklumkan, mana-mana pihak yang mempunyai pertanyaan boleh berhubung melalui emel di alamat [email protected].

Tarikh bantuan khas untuk orang kerja kerajaan diumum

BACA:

Shila Amzah terasa macam kena sihir, rasa ada benda halus ganggu

Tokti berjaya beli rumah di Dubai, kaya betul kalau macam ni punya harga

Zarina Anjoulie terima hadiah pakaian muslimah daripada kekasih, ‘perli ke apa ni?’