Tokti berjaya beli rumah di Dubai, kaya betul kalau macam ni punya harga

Tokti berjaya beli rumah di Dubai, kaya betul kalau macam ni punya harga

Tokti berjaya beli rumah di Dubai, kaya betul kalau macam ni punya harga. Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil berkongsi momen dan suasana ketika berada di kediaman pertamanya di Dubai, semalam.

Menerusi hantaran di Instagram Story (Igs), Siti telah berkongsi berita gembira tersebut ketika dia sedang bercuti bersama keluarganya di negara itu.

Netizen tergamam Tokti beli rumah mewah pertama di Dubai -"Alhamdulilah,  rezeki dia!"

Malah, penyanyi itu juga sempat meluahkan rasa bersyukur dan membuat ‘house tour’ untuk mempamerkan keindahan pemandangan kediamannya yang berdekatan dengan sebuah pantai.

“Alhamdulillah, home sweet home,” tulisnya.

Tokti berjaya beli rumah di Dubai, kaya betul kalau macam ni punya harga

Dalam perkongsian tersebut, kedua-dua cahaya matanya, Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa turut kelihatan sangat teruja ketika tiba di rumah agam mereka itu.

Selain itu, anak tirinya, Asyraf Khalid turut meluahkan rasa bangganya dengan kejayaan yang telah dicapai oleh penyanyi tersohor tanah air itu menerusi sebuah perkongsian di Igs.

Malah, Asyraf turut terinspirasi dengan pencapaian ibu tirinya itu dan berharap agar dirinya memiliki kejayaan yang sama suatu hari nanti.

BACA:

Sharnaaz mengamuk produksi paksa kerja sampai 20 jam

Pakcik ni dah 27 tahun kerja Petronas, terkejut dapat hadiah tak dijangka daripada bos

10 tips naikkan seri pengantin macam Reen Rahim, lain macam ‘fresh’nya

CATEGORIES