Ladang ganja seluas 11 hektar ditemui. Polis Metro Jaya Jakarta dengan bantuan Polis Mandailing Natal, membongkar 11 hektar ladang ganja di dua tempat di Sumatera Utara, selepas menahan lima suspek termasuk pemiliknya pada Sabtu, lapor media tempatan.
Siasatan narkotik Metro Jaya mendapati dua ladang berkenaan masing-masing berkeluasan lapan hektar dan tiga hektar terletak di Panyabungan Timur, daerah Mandailing Natal.
Pengarahnya, Mukti Juharsa, berkata tanaman ganja berusia empat bulan itu sedia dituai pada suku pertama tahun depan dan dianggarkan menghasilkan 55 tan ganja.
Bagaimanapun, katanya, semua ganja berkenaan dibakar dan tiada tangkapan dibuat di ladang berkenaan semasa operasi dilakukan.