‘Baru 2 minggu nikah dah nak keluar buku’, netizen persoal Dai Syed dan Hana

‘Baru 2 minggu nikah dah nak keluar buku’, netizen persoal Dai Syed dan Hana

‘Baru 2 minggu nikah dah nak keluar buku’, netizen persoal Dai Syed dan Hana. Seperti yang ramai tahu, pasangan selebriti iaitu Dai Syed dan Hana Ismail kini menjadi tumpuan orang ramai apabila sering berkongsi kemanisan rumah tangga mereka selepas bergelar suami isteri.

Baru-baru ini, pasangan tersebut telah mengumumkan bahawa mereka akan menerbitkan sebuah novel berjudul ‘7 Hari Istikharahku’ yang mengisahkan tentang perjalanan suka duka kehidupan mereka berdua.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Syed atau nama penuhnya Syed Shah Iqmal bin Syed Mohd Shaiful Jamalullail turut memohon orang ramai untuk mendoakan urusan penerbitan buku itu dipermudahkan.

@nxxrxxl_syuu99 Dulu ramai yang kecam dai syed,sekarang Alhamdulillah Allah bagi die seribu kebahagiaan bersama isteri die,walaupun die kenal x lama dengan isteri die🥰🥰semoga bahgia hingga ke jannah,Aamiin#fypシ #fypシ゚viral #daisyed #hanaalmauzah #istikharahku ♬ bunyi asal – Syuhadahaurashop

Kami sedang siapkan novel ‘7 Hari Istikarahku’. Doakan.

'Baru 2 minggu nikah dah nak keluar buku', netizen persoal Dai Syed dan Hana

Dalam pada itu, Hana atau nama sebenarnya Nurulhana Ismail dilihat tidak dapat menahan sebak ketika membuat perkongsian tersebut sambil dipeluk erat oleh suaminya.

Semua luahan perasaan ini kami nukilkan dalam novel.

Malah, pengumuman terbitan novel ‘7 Hari Istikarahku‘ itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Meninjau di ruangan komen, peminat telah meluahkan rasa sebak apabila melihat Syed yang dulunya sering dikecam kini dikurniakan seorang isteri yang sangat penyanyang seperti Hana.

Namun, ada juga segelintir pihak yang tidak menerima baik tentang berita penerbitan novel mereka kerana menganggap pasangan selebriti itu terlalu berlebihan dalam berkongsi kebahagiaan rumah tangga mereka.

BACA:

Orang asli mengamuk dengan filem Avatar, ini puncanya

Tular video tikus makan ayam mamak, KKM minta netizen cari restoran ini

“Ni dah level lain ni!” – Roti canai banjir jadi rebutan

CATEGORIES