Pemuda Malaysia kerja di Singapura akui sorok duit dalam spender

Oleh INFORAKYAT

Pemuda Malaysia kerja di Singapura akui sorok duit dalam spender. APA yang penting duit ‘masyuk’!

Tawaran gaji lumayan dan nilai mata wang kukuh cukup menarik perhatian rakyat Malaysia untuk mencari rezeki di Singapura.

Mereka tidak kisah keluar rumah seawal pukul 3 pagi, menghadap kesesakan lalu lintas termasuk bersesak menaiki bas dari Johor ke Republik itu, asalkan ada kerja.

Pemuda kelahiran Pulau Pinang, Gobby R N Raju turut memilih untuk bekerja di negara jiran sejak 2015, dan telah melakukan empat pekerjaan sehingga kini.

“Saya bekerja dalam khidmat pelanggan di sebuah galeri lukisan, menjadi renjer taman botani, chef di hotel dan bergelar eksekutif dalam bidang makanan dan minuman (F&B).

Pemuda Malaysia kerja di Singapura akui sorok duit dalam spender

“Ikat perut untuk berjimat adalah perkara biasa, tapi saya dan geng tempat kerja pernah tidur dekat refuse room (bilik sampah) sebab dah lewat nak balik ke rumah masing-masing di Johor selepas syif kerja malam.

“Itulah kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila bersusah-payah bekerja di sini, tapi apabila dapat gaji Dolar Singapura (SGD) itulah paling seronok,” kata Gobby kepada mStar.

Bawa keluar wang tunai

Dalam keterujaan bekerja di Singapura, pemuda berusia 28 tahun ini turut berdepan dengan cabaran untuk membawa masuk sejumlah besar wang tunai ke Malaysia.

singtel dash remit 7

Gobby melakukan pelbagai pekerjaan di Singapura.

“Saya pernah bawa keluar SGD5,000 (RM16,274) dari Singapura untuk simpan dalam akaun bank di Malaysia, memang rasa takut nak bawa walaupun menaiki motosikal.

“Lebih-lebih lagi rakan-rakan senegara yang tak balik Malaysia minta bantuan saya untuk tukarkan sebanyak SGD7,000 (RM22,784) kepada ringgit. Mereka percayakan saya, jadi saya tak mahu mereka hilang kepercayaan jika wang itu kena curi atau tercicir.

“Nak simpan duit dalam beg bimbang kena rompak, letak dalam tempat simpan barang (motor) boleh kena curi jika berlaku kemalangan. Ada pula yang ambil kesempatan terhadap mangsa kemalangan dengan mencuri duit dan barang bernilai orang lain,” katanya.

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, dia tidak mempunyai pilihan lain ketika itu, apabila terpaksa menyembunyikan wang berkenaan di tempat yang tidak tercapai dek akal.

“Saya letak duit dalam beg plastik dan sorok di dalam ‘spender’ (seluar dalam). Sangat tak selesa dan terasa gatal-gatal kerana seluar jadi ketat, tapi saya rela asalkan selamat.

“Dulu saya tak ada aplikasi untuk buat money transfer. Saya juga tak dapat buat pindahan wang terus dari bank Singapura ke bank Malaysia. Saya tiada pilihan masa tu,” katanya.

Pernah menyewa bilik di flat di Sembawang, Gobby kini beralih kepada khidmat kiriman wang menerusi aplikasi, sekali gus menangani kebimbangan dan kesulitannya.

“Tak perlu lagi sorok duit dalam seluar dalam. Money transfer guna aplikasi sangat mudah dan pantas, buat sambil makan pun boleh… segala-galanya di hujung jari,” katanya.

Cari servis hantar wang yang terbaik

Sementara itu, seorang lagi rakyat Malaysia, Muhammad Aziezul Azman yang bertugas sebagai juruteknik di sebuah kilang di Serangoon, Singapura turut mengakui gaji yang lumayan merupakan faktor dia bekerja di negara jiran.

singtel dash remit 5

Aziezul bertugas sebagai juruteknik di sebuah kilang di Singapura.

“Gaji berbaloi selepas ditukar ke ringgit. Selain itu, suasana yang berbeza dengan pelbagai jenis orang dan bahasa, sistem yang diterapkan dan digunakan pun berbeza.

“Pertama kali kerja naik bas, kerja shift. Kalau masuk 9 pagi, 7 pagi dah kena naik bas. Habis kerja pukul 5, pukul 7 malam sampai. Ataupun kalau balik 10 malam sampai rumah 12 tengah malam.

“Jika diberi pilihan duduk di sebelah tempat kerja pun, saya tetap memilih untuk berulang-alik walaupun sangat penat atas jalan. Begitulah cara nak menampung kos sara hidup,” katanya.

Pernah ‘terkandas’ hampir dua tahun ekoran penutupan pintu sempadan akibat pandemik Covid-19, pemuda berusia 24 tahun itu terpaksa berjauhan dengan keluarga.

“Saya dan keluarga berhubung secara video call, senang kata melalui platform online kami dapat berhubung dan bertanya khabar.

“Sejujurnya, beratus kali pun kita dengar suara atau tengok gambar, takkan sama dengan sentuhan fizikal atau realiti,” ujarnya yang berasal dari Gelang Patah, di Johor Bahru, Johor.

Sepanjang tempoh ‘terkandas’, anak sulung daripada empat beradik itu membuat pindahan wang ke akaun banknya di Malaysia, antara lain untuk mengirimkan wang kepada keluarga.

“Masa tu juga saya ada guna kaedah pindahan wang antarabangsa. Satu lagi cara saya beri satu kad ATM kepada mak, jika nak duit untuk apa-apa, mereka boleh keluarkan guna kad ATM tu.

“Selepas itu barulah saya guna servis menerusi aplikasi. Setiap bulan saya buat begitu untuk disiplin dalam menguruskan kewangan,” tambahnya.

singtel dash remit 6

Aziezul bekerja di Singapura kerana gaji yang berbaloi.

Walaupun sudah biasa menggunakan, Aziezul yang kini berulang-alik dari Johor ke tempat kerja berkata, dia berharap servis pindahan wang antarabangsa melakukan penambahbaikan.

Jelasnya, pengguna mahu menggunakan perkhidmatan yang mempunyai struktur fi yang lebih telus dan cekap.

“Money transfer sepatutnya perlu mudah, pantas dan selamat serta fi yang rendah. Sebagai pengguna aktif, saya akan sentiasa mencari tawaran servis yang terbaik,” kata Aziezul.

Pantas, mudah, selamat

Perkhidmatan kiriman wang ke Malaysia serta negara-negara lain dapat dilakukan dengan lebih pantas, mudah dan selamat menerusi Singtel Dash Remit.

Menerusi aplikasi Singtel Dash Remit, pengguna boleh menambah nilai akaun mereka, menikmati kiriman wang yang dijamin selamat, serta dapat memeriksa butiran transaksi.

Cropped shot of muslim business woman in pink hijab and casual wear standing and using mockup smartphone. White screen mockup mobile phone for graphic montage.

Singtel Dash Remit menawarkan perkhidmatan kiriman wang lebih pantas, mudah dan selamat.

Anda tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak, beratur selama berjam-jam di kaunter pengurup wang serta ‘kehabisan stok’ wang ringgit. Menerusi aplikasi Singtel Dash, ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi Singtel Dash dan melengkapkan pendaftaran diri yang pantas, serta menambah akaun, menikmati jaminan kiriman wang dan memeriksa rekod transaksi daripada satu aplikasi.

Dilancarkan oleh penyedia rangkaian mudah alih dan telekomunikasi terbesar Singapura, Singtel Dash merupakan dompet mudah alih semua dalam satu yang dilesenkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (MAS).

Bukan hanya pengguna talian Singtel, malah semua yang memiliki nombor mudah alih Singapura boleh menggunakan perkhidmatan ini.

Pengguna juga dapat menikmati pindahan pada hari yang sama sekiranya dihantar sebelum pukul 2 petang (SGT) pada hari operasi perbankan di Malaysia, atau hari operasi perbankan di Malaysia berikutnya.

Dengan kadar rata SGD2 (RM7) tanpa mengira jumlah kiriman wang, rakyat Malaysia dapat menikmati kadar pertukaran yang tinggi serta struktur fi yang mudah dan telus.

Interior of Singapore MRT (Mass Rapid Transit) station.

Singtel Dash merupakan aplikasi semua dalam satu yang membolehkan anda membayar, menghantar, menyimpan wang dan melabur serta menginsuranskan daripada satu aplikasi.

Lebih menarik, pengguna baharu Dash Remit layak mendapat pulangan tunai sehingga SGD10 (RM33) apabila melakukan dua kiriman pertama dengan minimum SGD100 (RM328) (tidak termasuk fi) setiap satu sehingga 31 Disember 2022.

Pengguna Dash Remit juga secara automatik menerima perlindungan insurans percuma Dash Protect 30 Hari oleh Great Eastern dengan liputan perlindungan sehingga SGD5,000 (RM16,403), apabila membuat kiriman minimum SGD100 (RM328) (tidak termasuk fi kiriman wang). Pengguna mempunyai pilihan untuk menerima perlindungan pada waktu transaksi dilakukan.

Sempena ulang tahun Dash Remit ke-10, anda juga berpeluang menjadi salah seorang daripada 100 pemenang bertuah untuk memenangi baucar ‘travel’ SGD500 (RM1,640), dan tiada jumlah transaksi mininum yang diperlukan. Maklumat lanjut, boleh layari SINI

Selain itu, ganjaran 100,000 mata Dash turut diberikan kepada lima pemenang dengan menyertai Cabaran #HBDDashRemit di TikTok, dari 25 November sehingga 11 Disember.

Cara untuk menyertainya boleh layari SINI

Maklumat lanjut, boleh layari SINI

Singtel Dash Remit juga boleh didapati untuk kiriman wang ke Bangladesh, China, India, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Thailand.

BACA:

Ketua Menteri gusar gelombang hijau bakal landa Pulau Pinang

Rupanya tiga tim. menteri yang baru dilantik ini adalah adik bekas menteri

MT Umno kecam Annuar Musa, “dia dah lama nak bakar rumah kita”