Ini respon terkejut KJ selepas Dr Zaliha dilantik Menteri Kesihatan

Oleh INFORAKYAT

Ini respon terkejut KJ selepas Dr Zaliha dilantik Menteri Kesihatan. Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menitipkan ucapan tahniah kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR, Dr Zaliha Mustafa, yang dilantik mengisi portfolio yang disandangnya itu sebelum ini.

Khairy melalui hantaran di Twitter sebaik pengumuman barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berharap Ahli Parlimen Sekijang itu mampu meneruskan perjuangan ke arah sistem kesihatan awam yang lebih baik.

“Tahniah YB Dr Zaliha atas pelantikan sebagai Menteri Kesihatan yang baharu.

Ini respon terkejut KJ selepas Dr Zaliha dilantik Menteri Kesihatan

“Semoga berjaya dan terus berjuang untuk sistem kesihatan awam yang cemerlang dan mendapat peruntukan yang setimpal dengan usaha gigih warga Kementerian Kesihatan (KKM). All the best! (Semoga berjaya!),” katanya.

Dr Zaliha antara dua pemimpin wanita PKR dipilih menganggotai barisan Kabinet Kerajaan Perpaduan, dengans eorang lagi adalah Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek, yang dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Biodata Dr Zaliha Mustafa, Menteri Kesihatan Malaysia

Sebelum pengumuman pembentukan Kabinet, ramai pihak berharap Khairy dikekalkan sekali gus terus menerajui KKM berdasarkan prestasi kerjanya yang memberangsangkan.

Malah, Oktober lalu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata bekas Ahli Parlimen Rembau itu akan dilantik semula sebagai Menteri Kesihatan sekiranya beliau kekal sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ismail Sabri berkata, tindakan mengekalkan Khairy sebagai Menteri Kesihatan bertujuan memastikan segala perancangan berkaitan kementerian itu dapat direalisasi dan dilaksanakan.

BACA:

Ini latar belakang Menteri Agama yang baru, ‘bukan kaleng-kaleng ni’

Terkejut makcik ni lepas lelaki tolak bayaran tolongnya tukar tayar, ini yang dia minta

Dr Sheikh umum bakal timbang anak ke 7