Ini latar belakang Menteri Agama yang baru, ‘bukan kaleng-kaleng ni’

Ini latar belakang Menteri Agama yang baru, ‘bukan kaleng-kaleng ni’

Ini latar belakang Menteri Agama yang baru, ‘bukan kaleng-kaleng ni’. Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dipilih menerajui portfolio agama dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau akan memegang jawatan itu selaku Senator atau Ahli Dewan Negara bagi menyambung tugas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad.

Mohd Na’im dilantik sebagai Ketua Pengarah dan Ketua Hakim Syarie untuk menerajui Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berkuat kuasa pada 1 April 2019.

Ini latar belakang Menteri Agama yang baru, 'bukan kaleng-kaleng ni'

Anak jati Kampung Baru, Kuala Lumpur ini pernah menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah dan Ketua Hakim Syarie di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS).

Jawatan lain pernah disandangnya, Pengarah Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) di JKSM, Pendakwa Syarie Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

BACA:

Terkejut makcik ni lepas lelaki tolak bayaran tolongnya tukar tayar, ini yang dia minta

Dr Sheikh umum bakal timbang anak ke 7

Kecoh satu dunia Shah Rukh Khan tunai umrah

CATEGORIES