Presiden MCA nafi mesyuarat dengan pemimpin PH di Hotel Seri Pacific KL. Pagi tadi saya menghadiri perjumpaan Pengerusi BN dengan semua Ahli Parlimen BN pada jam 10 pagi di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.
Sava menerima notis melalui aplikasi WhatsApp daripada Setiausaha Kerja B pada jam 11.23 malam semalam mengenai perjumpaan hari ini HANYA melibatkan Ahli-Ahli Parlimen B. Satu sidang media telah diadakan selepas perjumpaan yang HANYA melibatkan Ahli Parlimen B dan puluhan wartawan telah membuat liputan.
Saya terkilan apabila sebaik saja tiba di Seri Pacific Hotel, pemimpin-pemimpin PH turut hadir dalam perjumpaan ini. Saya tidak tahu samada ianya telah pun diatur terlebih awal atau pun satu kebetulan.
Perlu ditegaskan TIADA sebarang perjumpaan di antara Ahli Parlimen BN dan wakil PH berlangsung ketika saya berada di Seri Pacific Hotel dari 10 pagi hingga 12 tengahari.
Apa yang pasti, say HANYA menghadiri perjumpaan bersama Pengersi B dengan semua Ahli Parlimen BN sahaja.
Selepas perjumpaan dan sidang media bersurai, saya TIDAK terlibat dalam mana-mana perbincangan, pertemuan samada kebetulan tau tidak dengan pemimpin-pemimpin PH.