Netizen puji cara Neelofa layan pekerja restoran bila diserbu

Netizen puji cara Neelofa layan pekerja restoran bila diserbu

Netizen puji cara Neelofa layan pekerja restoran bila diserbu. Pengacara, pelakon dan usahawan terkenal bernama Neelofa ini memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Seorang yang bijak membawa diri di dalam industri hiburan tanah air, namanya sehingga kini masih dikenali ramai.

Biarpun kini Neelofa sudah pun berhijrah dengan berniqab, namun peminatnya tidak berkurang malah makin bertambah. Apatah lagi apabila dia kini bergelar seorang ibu kepada anaknya, Bilal.

Terbaharu Neelofa memuat naik satu rakaman menerusi akaun TikTok miliknya dan telah mencuri perhatian ramai. Menerusi rakaman tersebut dipaparkan beberapa pekerja restoran mendekati kenderaan dinaiki Neelofa bersama suaminya.

Berikut adalah rakaman Neelofa ‘diserbu’ pekerja restoran yang telah dimuat naik menerusi akaun media sosial miliknya itu:

Dalam rakaman pendek berdurasi 10 saat itu kelihatan beberapa pekerja restoran pandu lalu menghampiri kenderaan dinaiki Neelofa sambil menghantar makanan yang dipesan. Sempat juga pekerja tersebut minta untuk bergambar bersama pasangan selebriti ini.

Netizen puji cara Neelofa layan pekerja restoran bila diserbu

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah cara Neelofa melayan peminatnya dengan cukup mesra sekali. Perkongsian rakaman kenderaan Neelofa diserbu pekerja restoran ini telah meraih hampir sejuta tontonan biarpun tidak sampai beberapa jam dimuat naik.

Di ruangan komen, rata-rata warganet memuji cara layanan Neelofa kepada pekerja restoran terbabit. Berikut antara yang ditulis di ruangan tersebut:

“Senyum sorang aku tengok ni layan peminat”

“Cute ja depa, bestnya dapat jumpa Neelofa”

“Baik Lofa tak sombong”

“Comelnya rajin melayan”

@neelofa♬ original sound – neelofa

BACA:

Pemuzik kena bahan dengan Nabil buat semua berdekah, Tok Ram pun masuk campur

Satu Malaysia kena scam, Wakil Disneyland nafi akan buat di Melaka

Influencer seksi kempen untuk PN, netizen desak Pas bersuara

CATEGORIES