Peguam perjelas status kerusi Padang Serai selepas kematian calon PH. TAKZIAH
Takziah diucapkan kepada sanak keluarga, sahabat handai dan penyokong mendiang Karupaiya A/L Mutusamy. Calon Pakatan Harapan di P017 Padang Serai.
Ramai tanya saya, apa jadi untuk seat Padang Serai. Mengikut Peraturan SPR, akan diadakan pilihanraya kecil berasingan daripada PRU15 ini, khusus untuk seat Padang Serai.
Moga dipermudahkan urusan keluarga mendiang. Politik politik juga. Nilai insaniah sesama rakan senegara tak harus kita lupa.
~LM~