Netizen tanya Aeril Zafrel, “berapa ribu dapat tayang pakai baju PN”

Netizen tanya Aeril Zafrel berapa ribu dapat tayang pakai baju PN

Netizen tanya Aeril Zafrel, “berapa ribu dapat tayang pakai baju PN”. Gara-gara memuat naik video dirinya mengenakan baju parti Perikatan Nasional di TikTok, pasangan pelakon dan usahawan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menjadi bahan kecaman netizen di media sosial.

Dalam hantaran video tersebut yang kemudiannya menjadi tular, Aeril juga ada menanyakan soalan kepada peminat iaitu “Aeril undi apa nanti?” dan kemudiannya menunjukkan foto dia memakai baju Perikatan Nasional.

Ia sekaligus membuatkan netizen tampil memberikan kritikan dan juga kecaman bertubi-tubi buat suami kepada pelakon Wawa Zainal itu.

Netizen tanya Aeril Zafrel, "berapa ribu dapat tayang pakai baju PN"

Malah, ada juga yang bertanyakan adakah Aeril dibayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk berkempen bagi parti berkenaan.

Namun, dalam kebanyakan yang menghentam Aeril, ada juga yang berpendapat bahawa ia adalah hak peribadi seorang individu untuk menyokong mana-mana parti pilihan sempena Pilihan Raya Umum ke-15 kali ini.

Biarlah dia nak sokong apa pun, dah kenapa tiba-tiba kata dapat duit pulak?
Dek kehangatan PRU15 yang akan berlangsung pada hari Sabtu ini, ramai dalam kalangan artis dilihat turut sama turun padang bagi membantu mempromosikan parti politik pilihan masing-masing.

@aerilzafrel8 kamu nanya? ya udah. .. #pru15 #pilihanraya ♬ original sound – aerilzafrel

BACA:

Pemandu salahkan Tesla jadi punca kemalangan maut, ini yang berlaku

Selepas tular, Peja akhirnya mengaku beli dua kapal layar

Ini sebab kucing peliharaan suka sangat ikut kita pergi tandas

CATEGORIES