Cek akaun anda, bantuan BKM Fasa 4 dah masuk!. Bantuan BKM Fasa 4 BSN Telah Dikreditkan – Sebanyak RM 600 & RM 900. Ramai yang tertanya-tanya berapakah kadar bayaran BKM Fasa 4 yang akan diterima bagi setiap kategori Bujang, Keluarga, Warga Emas dan penerima rayuan
Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan kelayakan bayaran yang akan diterima bagi setiap kategori serta jadual pembayaran BKM
Fasa Pembayaran BKM
Fasa 1
- Pembayaran bermula pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan 30 Mac 2022 secara tunai di cawangan BSN
Fasa 2
- Pembayaran bermula pada 27 Jun 2022 secara berperingkat begitu juga dengan secara tunai di cawangan BSN
Fasa 3
- Pembayaran akan bermula pada 20 September 2022 Secara berperingkat
Fasa 4
- Pembayaran akan bermula pada 15 November 2022
INFO TERKINI
Ramai yang sudah menyatakan BKM Fasa 4 telah mula dikreditkan bermula hari ini. Untuk pengetahuan anda, Bank BSN adalah bank yang paling awal akan dikreditkan jika ada apa-apa bantuan seperti BKM.
Jumlah Bayaran BKM Fasa 4 Bagi Setiap Kategori
Berikut adalah jumlah bayaran BKM bagi setiap kategori:
1. Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 59 tahun dan ke bawah
Pendapatan RM0 – RM2,500:
- RM300 (Tiada Anak)
- RM600 (1-2 Anak)
- RM800 (3 Anak & Ke Atas)
Pendapatan RM2,501 – RM5,000:
- RM100 (Tiada anak)
- RM200 (1-2 anak)
- RM300 (3 anak & ke atas)
2. Isi rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas)
Pendapatan RM0 – RM2500 :
- RM300 (Tiada anak)
- RM600 (1-2 anak)
- RM900 (3 anak & ke atas)
Pendapatan RM2501 – RM5000 :
- RM100 (Tiada anak)
- RM200 (1-2 anak)
- RM300 (3 anak & ke atas)
3. Isi Rumah (Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai anak:
Pendapatan RM0 – RM2500 :
- RM600 (1-2 anak)
- RM900 (3 anak & ke atas)
Pendapatan RM2501 – RM5000 :
- RM200 (1-2 anak)
- RM300 (3 anak & ke atas)
4. Bujang & ibu bapa tunggal tiada anak 60 tahun dan ke atas
Pendapatan RM0 – RM5000 :
- RM150
Jumlah Bayaran Rayuan BKM 2022
Bagi pembayaran rayuan bkm, penerima yang lulus akan menerima bayaran berdasarkan kelayakan setiap penerima mengikut kategori isi rumah, bujang atau ibu bapa tunggal
Sehingga kini, kerajaan belum mengumumkan berapakah jumlah sebenar bantuan yang akan diterima oleh penerima rayuan BKM
Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima bermula dari Fasa 1 sehingga Fasa 4
Log Masuk BKM Fasa 3 (MyBKM)
Menu Log Masuk MyBKM adalah kemudahan secara atas talian untuk kemaskini sebarang permohonan dan semakan BKM 2022 bagi pemohon yang memiliki rekod permohonan BKM 2022.
Log Masuk MyBKM memerlukan ID Pengguna dan Kata Laluan yang telah didaftarkan. Untuk makluman lanjut pendaftaran ID MyBKM, sila rujuk Soalan Lazim Pendaftaran MyBKM.
Bagi pemohon yang terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan). ID MyBKM akan disekat dan pemohon dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam. Sekiranya masih menghadapi masalah, pemohon boleh menghubungi Cawangan LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKM LHDNM 1-800-88-2747.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai pembayaran BKM Fasa 1 hingga Fasa 4, anda boleh layari laman web BKM