Selepas tular, Peja akhirnya mengaku beli dua kapal layar

Selepas tular, Peja akhirnya mengaku beli dua kapal layar

Selepas tular, Peja akhirnya mengaku beli dua kapal layar. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengakui membeli dua buah kapal layar seperti yang didedahkan dan tular di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, kedua-dua kapal layar tersebut dibeli dengan harga RM50,000 dan RM80,000 dari seorang pelayar Eropah yang terkandas di Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Jelas calon kerusi Parlimen Tambun itu, kapal layar tersebut kemudiannya diubah suai untuk tujuan pelancongan di Pulau Langkawi, Kedah.

“Macam mana saya dapat bot ini pada waktu Covid-19 ada seorang pelayar ini dia datang daripada Eropah belayar menggunakan bot tersebut dan sampai ke Langkawi.

“Apabila kita mengadakan PKP beliau mungkin mendapat tekanan hidup kerana bersendirian di sini, maka membuat keputusan untuk meninggalkan negara ini sebaik kita membuka sempadan.

Selepas tular, Peja akhirnya mengaku beli dua kapal layar

“Ketika itulah dia mencari pembeli kepada kapal layar dia yang dijual dengan harga yang begitu murah,” katanya menerusi rakaman video berdurasi 2:32 minit di dalam Facebook pada Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai dakwaan pembelian kapal layar yang tular di media sosial sebelum ini.

Ahmad Faizal berkata, hasil pembelian kapal layar tersebut dapat memberi peluang pekerjaan kepada anak tempatan di Pulau Langkawi.

“Saya rasa tak ada salahnya saya beli bot-bot ini yang telah saya ubah suai dan saya minta pula sahabat saya yang menjalankan perniagaan bot ini untuk pelancong-pelancong di sana, saya buat perniagaan sikit.

“Yang penting juga dapat untuk anak-anak Melayu di Langkawi dapat bekerja sebagai kapten dan kru. Terima kasihlah kepada siapa yang telah cuba mempromosikan apa yang saya ada di Langkawi itu,” katanya.

BACA:

Ini sebab kucing peliharaan suka sangat ikut kita pergi tandas

Selepas 3 dekad, penyanyi lagenda Zaiton Sameon akhirnya dapat kad OKU

Ini hasrat 7 warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara selepas PRU-15 ini

CATEGORIES