Harga Honda Civic e:HEV RS tak masuk akal

Oleh INFORAKYAT

Harga Honda Civic e:HEV RS tak masuk akal. Honda Malaysia memperkukuhkan lagi penawaran bagi model hibrid menerusi Civic e:HEV RS yang dilancarkan hari ini.

Ditawarkan pada harga jualan RM166,500, model terbaharu itu antara inovasi dikuasakan oleh rangkaian 2.0L e:HEV baharu yang pertama untuk model Civic dan Honda Malaysia.

Melengkapkan kejayaan Civic Generasi ke-11, Civic e:HEV RS juga menyertai barisan model Honda e:HEV yang semakin berkembang termasuk City, City Hatchback dan All-New HR-V.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata Civic antara senarai pendahulu dalam pasaran model seumpamanya.

“Awal tahun ini, kami mengalu-alukan Generasi Ke-11 Civic ke pasaran Malaysia. Model ini mendapat sambutan hebat daripada rakyat Malaysia dengan hampir 7,000 unit terjual setakat ini dan mencapai kedudukan nombor satu dalam segmennya dengan 81 peratus penguasaan pasaran setakat September 2022.

Harga Honda Civic e:HEV RS tak masuk akal

“Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelanggan kami dan khususnya, peminat Civic atas kepercayaan berterusan mereka terhadap jenama Honda,” katanya.

Satu lagi inovasi dalam memastikan mampu memenuhi pelbagai peringkat pengguna kenderaan, Hironobu menyifatkan teknologi hibrid yang lebih berkuasa bagi pengalaman pemanduan lebih bermakna.

“Hari ini, kami berbesar hati memperkenalkan varian baharu, Civic e:HEV RS yang menjanjikan pengalaman pemanduan yang unggul untuk pelanggan Civic.

Closer look at the 2022 Honda Civic e:HEV that we want, but can't have yet  | WapCar

“Teknologi Hibrid Honda bukanlah perkara baharu kepada Honda Malaysia. Kami menjadi perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid kepada rakyat Malaysia pada tahun 2007 apabila kami melancarkan Civic Hybrid yang pertama.

“Sejak itu, kami telah maju dalam teknologi hibrid. Pengenalan rangkaian kuasa e:HEV diterima baik di pasaran Malaysia.

“Dari Januari hingga Oktober 2022, City e:HEV RS telah menyumbang 5.0 peratus jumlah jualan diikuti oleh City Hatchback e:HEV RS (8.0 peratus) dan All-New HR-V e:HEV RS yang dilancarkan baru-baru ini turut mendapat sambutan positif daripada pelanggan kami dengan 11 peratus jumlah jualan,” katanya.

Honda Malaysia turut memperkenalkan rangkaian kuasa 2.0L e:HEV buat kali pertama.

Pengalaman pemanduan berkuasa menggunakan teknologi terbaharu terutama bagi pemanduan harian e:HEV yang menggabungkan dua motor elektrik memberikan prestasi yang menarik dan berkuasa.

Gandingan Penghantaran Pembolehubah Berterusan Elektrik (e-CVT) dan Unit Kuasa Pintar (IPU) melengkapi prestasi jentera engin 2.0L e:HEV dengan output kuasa maksimum 184PS dan tetapan penanda aras tork 315Nm yang mendahului segmennya dan setanding dengan model segmen D.

Rekabentuk gaya RS yang sporty tetapi mewah pada model ini juga dilihat menerusi perincian lampu depan, pemegang pintu yang lebih mewah dan penanda biru unik pada logo H juga ciri eksklusif e:HEV RS ditampilkan.

Roda Aloi Dwi Tone 18-inci memberikan penampilan yang sporty sepadan dengan prestasi model terbabit.

Model ini ditawarkan dalam empat warna iaitu Ignite Red, Meteoroid Gray, Platinum Pearl dan Crystal Black Pearl.

BACA:

Pemandu salahkan Tesla jadi punca kemalangan maut, ini yang berlaku

Selepas tular, Peja akhirnya mengaku beli dua kapal layar

Ini sebab kucing peliharaan suka sangat ikut kita pergi tandas