Selepas 3 dekad, penyanyi lagenda Zaiton Sameon akhirnya dapat kad OKU. Penyanyi veteran, Zaiton Sameon, 66, lega selepas menerima status Orang Kurang Upaya (OKU) oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, hari ini.
Zaiton atau lebih mesra disapa Kak Eton berkata, status OKU memudahkannya memohon Program Perumahan Rakyat (PPR) berikutan tiada pendapatan tetap.
“Sekarang, saya menyewa di Ampang bersama anak angkat saya, Ikah dengan sewa bulanan RM800.
“Dengan tiada pendapatan tetap dan ‘show’ semakin berkurangan, saya terbeban untuk membayar sewa bulanan hingga pernah terlewat melunaskannya.
“Sebelum ini, saya pernah mohon PPR tetapi ditolak atas alasan tiada pendapatan tetap.
“Dengan adanya status OKU yang diberi JKM, saya lega kerana memudahkan permohonan memiliki rumah PPR,” katanya ditemui pada majlis penyerahan kad OKU oleh Pengarah JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Che Samsuzuki Che Noh.
Sementara itu, Che Samsuzuki berkata, Zaiton dikategorikan OKU fizikal kerana mengalami trauma kecederaan otak akibat kemalangan yang menimpanya, lebih tiga dekad lalu.
“Zaiton layak diberi status OKU berdasarkan keadaannya sekarang selain mendapat pengesahan doktor,” katanya.
Pada 1990, Zaiton terbabit dalam kemalangan ngeri yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar, terkorban pada usia 13 tahun.
Kecederaan teruk yang dialami penyanyi yang melakar nama pada 1987 itu menyebabkan Zaiton terlantar koma di hospital selama tiga bulan.
BACA:
Ini hasrat 7 warganegara Malaysia yang bekerja di luar negara selepas PRU-15 ini
Tengku Putera Johor kemalangan, kereta habis berkecai terbalik
Netizen mengamuk dekat Sharnaaz Ahmad, “mulut kau jaga baik-baik ya!”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio