Tengku Putera Johor kemalangan, kereta habis berkecai terbalik

Tengku Putera Johor kemalangan, kereta habis berkecai terbalik

Tengku Putera Johor kemalangan, kereta habis berkecai terbalik. Acara itu diadakan di Litar Panorama Gunung di Bathurst, New South Wales.

Tunku Abu Bakar hilang kawalan ketika memandu pada kelajuan 200km/j melalui Litar McPhillamy Park dan merempuh Mercedez-Benz GTS yang dipandunya ke penghadang tayar sebelum kereta itu terbalik.

Para pegawai dan penonton berasa lega apabila anak bongsu Sultan Johor itu muncul tanpa sebarang kecederaan dari kereta yang remuk itu. Pemain berusia 21 tahun itu menayangkan tanda ‘peace’ kepada peminat sebelum menaiki kereta pegawai litar yang menghantarnya ke unit perkhidmatan perubatan.

Susulan kejadian dan kerosakan teruk pada kereta itu, Tunku Abu Bakar dan pemandu bersamanya Jamie Whincup terpaksa menarik diri daripada perlumbaan endurance selama tiga jam semalam, 13 November

Bagaimanapun, abangnya, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj, dan pemandu bersama Broc Feeney meneruskan cabaran mereka untuk pasukan JMR Triple Eight Race Engineering dan bermula dari grid kedua dalam perlumbaan semalam.

Tengku Putera Johor kemalangan, kereta habis berkecai terbalik

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, menzahirkan rasa syukur kerana anaknya tidak cedera dalam kemalangan itu dan memberi kata-kata semangat walaupun ditimpa musibah.

“Saya bersyukur Tunku Putera keluar tanpa cedera. Saya pasti ia trauma, tetapi beliau ok. Saya telah berpesan kepada beliau supaya jangan berkecil hati dan teruskan perjuangan demi negeri ini,” titah Sultan Johor. halaman Facebook rasmi .

“Dia mungkin layak di tempat ketiga untuk perlumbaan utama esok. Ia merupakan penampilan sulung Tunku Abu Bakar di litar itu. Beliau dan Tunku Panglima Tunku Abdul Rahman menunjukkan potensi besar dan memberikan persembahan yang baik. Semoga kami akan mendapat keputusan yang baik esok.”

Baca kenyataan penuh Sultan Johor di sini:

BACA:

Nenek menangis dapat rumah baru, kisah rumah kena hanyut banjir pernah tular tahun lepas

‘Pulangkan atau saya lapor polis!’ – Bengang kad ATM dicuri, pemilik desak wanita bersemuka

Pakcik Tua jalan bawa barang dapur mengeluh, “ramai lalu tapi tak ada yang tumpangkan”

CATEGORIES