Caprice dan isteri disahkan kena sihir

Oleh INFORAKYAT

Caprice dan isteri disahkan kena sihir. Siapa tak kenal dengan penyanyi rap, Ariz Ramli yang sebelum ini hangat diperkatakan berikutan beberapa isu panas.

Terbaru, penyanyi yang lebih mesra disapa Caprice ini mendedahkan dirinya menerima rawatan daripada pengamal perubatan tradisional Tok Singa dan Ustaz Shafiq.

Katanya, Tok Singa datang daripada Kedah untuk ‘check’ dirinya termasuk isteri dan ternyata mereka ada unsur-unsur terkena gangguan sihir.

Caprice dan isteri disahkan kena sihir

Menerusi sesi live perawat, Caprice dan isteri memberitahu mereka ada bermimpi benda-benda aneh termasuk ular hitam. Isteri Caprice pula nampak ‘bayangan’ dalam rumah dan didatangi lelaki tak dikenali dalam mimpi.

Difahamkan, Caprice dan isteri sebelum ini dah pernah dapatkan rawatan Islam mengenai masalah yang menimpa mereka.

Video rawatan penuh

Part kedua video live memaparkan Tok Singa dan Ustaz Shafiq memulakan rawatan dengan membaca ayat-ayat Al-Quran untuk mengesan jika ada yang mengganggu mereka.

Semasa Ruqyah dibacakan, badan isteri Caprice iaitu Fara Inalis menggigil dan dia dilihat menangis. Semasa merawat, Tok Singa mendengar ada tapak kaki berjalan di dalam rumah.

Kata Tok Singa lagi, isteri Caprice ada mengalami gangguan di rahim di mana dia menghadapi masalah haid dan susah hamil.

Ustaz juga ada nasihat Caprice supaya buang semua patung mainan dalam rumah kerana itu antara faktor jin dan sihir mudah akses. Dia juga akan berpindah dari satu patung ke patung lain.

Semoga urusan Caprice dan isteri dipermudahkan, semoga cepat sembuh.

BACA:

Pakcik Tua jalan bawa barang dapur mengeluh, “ramai lalu tapi tak ada yang tumpangkan”

Baju dipakai isteri Yonny Boi buat hidung netizen berdarah

Datuk Aishah pula bersuara isu ustazah hina artis